tab welcoming

Friday 29 June 2012

Final EURO 2012 : Spain vs Itali

pagi tadi Itali telah mengejutkan Jerman
dengan kemenangan 2-1

so final terhebat
akan menemukan
Sepanyol dan Itali


my fav team = Sepanyol 
so jom layan final der
2 Julai 2012
2:45 am 


spain idaman kalbu :P

Thursday 28 June 2012

Pertandingan Solar Car 2012

setelah lebih sebulan preparation
pagi tadi adalah kemuncaknya

bertempat di SMK Sri Tapah
berlangsung Pertandingan Solar Car
sempena Karnival Pendidikan 
Sains dan Teknologi 
peringkat daerah Batang Padang 2012

sekolah gua anta 2 team
1 team ada 3 org student
paling best tahun ni
majoriti semua amoi
ada sorang ja lengchai hehehe

pertandingan terbahagi kepada 2 slot
pertama presentation power point tentang solar car yang dicipta
masa yang diberi 10 minit bagi setiap team
pelbagai soklan yang berkaitan dengan solar car
akan ditanya oleh hakim

Tuesday 26 June 2012

Yay !! dah lulus lesen moto+kar

assalamualaikum
slmt mlm

perghh 
dah lama gua tak singgah blog ni
ntah ada yang jenguk ke tak blog gua ni 
yeala ... bukan blog famous pun wakaka
sibuk ma
minggu lepas dan minggu ni meme sibuk hiler

anyway
pagi tadi around 7.30 am dah siap2
pi Tanjung Malim untuk amek lesen keta

sblm test kena dengar taklimat JPJ dulu
adeh !!! kakiku vibrate jer
mungkin aircond + debar2 der

Monday 18 June 2012

Apa berlaku pada dunia sejak pil perancang keluarga diperkenalkan

Pil perancang keluarga dalam bentuk kapsul atau tablet yang boleh ditelan diperkenalkan pada tahun 1961. Sebelum itu kondom merupakan cara yang popular bagi menahan wanita daripada mengandung. Semenjak 2 orang saintis iaitu Carl Djerassi dan Frank Colton membuat penemuan hebat tersebut landskap dunia menerima perubahan yang cukup hebat, berikut adalah beberapa kesan penting hasil daripada wujudnya pil perancang keluarga:


  • Merancang keluarga dengan hanya perlu menelan ubat mula menjadi tarikan di Amerika. Pada tahun 1964 sahaja terdapat seramai 6.5 juta wanita Amerika mula menggunakannya. Pada 1968 angka tersebut menjadi dua kali ganda. Walaupun kerajaan cuba membendung penggunaan pil telan itu hanya untuk wanita berkahwin, pasaran gelap mula timbul dan tidak dapat dikawal. Ia sebenarnya menyemarakkan budaya hedonism di Amerika yang makin galak pada pertengahan 1960-an.



  • Di Britain pula perkara yang sama berlaku di mana pil itu mendapat sambutan menggalakkan apalagi pada masa itu revolusi orang muda meletus dengan dipelopori oleh kumpulan The Beatles yang menjadi kegilaan. Pil perancang menjadi jawapan kepada remaja muda-mudi yang teruja melepaskan nafsu masing-masing dan mengelak dari termengandung.


Sunday 17 June 2012

Hidup kan untuk memberi

eh chop ...
macam pernah dengar je
quote "hidup kan untuk memberi"
hehehe


memberi ni tak semestinya bagi duit
segala perkara yang kebaikan
itulah yang patut kita beri kepada orang lain 


kalu dunia macam kat video bawah ni
memang aman dunia der
semua akan berkasih sayang
masing2 cuba memberi kebaikan kepada org lain
mengikut kemampuan yang ada


tapi realiti sekarang
semua menuju "self centric"
lu lu ... gua gua



Penyanyi asal lagu DORAEMON

layan lagu dulu der

siri kartun doraemon 
telah mula disiarkan di tv sejak 1979.
dari tahun 1979 hingga tahun 2005,
lagu tema (opening theme) yang digunakan ialah
"Doraemon no uta".
setelah tempoh tersebut,
beberapa lagu baru digunakan.

lagu tersebut telah dinyanyikan 
oleh 5 artis yang berbeza.
video di atas dinyanyikan oleh Satoko Yamano.
beliau merupakan artis kedua
diberi penghargaan untuk menyanyikan lagu
yang diminati oleh kanak2 sedunia :P
kadang2 parents pun layan der

emmm 
korang kecik2 dulu layan ke Doraemon ni ?
ada tak die hard fans Doraemon nih
sampai terguling2 nangis sebab ayah suruh tutup tv
sebab waktu dah nak dekat maghrib 
wakakakaka

just teringat
sekarang ni ada lagi ke siri Doraemon ni
kat Malaysia atau kat Jepun
just curious


Sumber: kuih dorayaki

Saturday 16 June 2012

Proton Preve Special Edition 2012

kete proton ni
ramai yang complaint sejak dulu lagi
mana2 pi kalu discuss pasal proton
payah nak dengar positive feedback
especially yang guna kete proton


bulan April yang lepas
proton melancarkan sebuah lagi model bernama Perve
nama cam pelik der
tapi mungkin nak bg nampak lain dari model2 yang dulu
nama lain = prestasi pun lain (bertambah baik)
** mudah2an begitu la


mungkin ini sebagai satu batu loncatan 
bagi membuktikan proton juga mampu bersaing
dan membuang persepsi buruk sedia ada


proton juga bakal menampilkan
Proton perve special edition
yang dinamakan Sapphire
masih belum dilancarkan lagi
yang pasti ...exterior meme stylo der
jom layan picture kat bawah ni



Anda gayat ?

kalo dah kat tempat yang tinggi 
meme gayat der
tapi kalu setakat panjang pokok rambutan ka
pokok manggis ka
takde la gayat kan

ok 
tak mau tulis panjang2
lu gayat
jom layan gambar kat bawah



Thursday 14 June 2012

Gadis Tanzania dan skill bolanya

gua tabek spring la kat minah ni
meme hebat gak skill timbang bola dia
tapi kalu dalam field
tak tahu pulak camne performance dia
apepun layan der


p/s: sapo2 nak no telefon minah ni, boleh contact gua :P



Tuesday 12 June 2012

Hide and seek Toddler POV (Video)

video di Youtube ni
baru 5 hari
dah 500 000 viewer


nape yeak?
saksikan sendiri der 



Kereta 2 tayar bakal tercipta

kereta 4 tayar tu biasala kan
tapi ada ke keta ngan 2 tayar?


sekumpulan saintis mengumumkan
bahawa kereta dengan 2 tayar 
yang dapat 'tegak berdiri' tanpa terbalik
bakal dicipta dalam beberapa tahun lagi


kenderaan hibrid "motobike car" ini
menggunakan teknologi elektronik Gyroscope
bagi membolehkannya tegak dan stabil

pemandu dapat duduk
dan menggunakan steering seperti yang ada dalam kereta
cuma kenderaan ini ada satu tempat sahaja
so sape2 yang nak membonceng tu
minta maaf je la 


dengan teknologi Gyroscope
kenderaan tersebut dapat tegak dan stabil
walaupun dipandu dalam keadaan perlahan
atau dalam situasi mendaki 


hah! mesti tertanya2 
laju ke benda alah ni
dah la kecik
pastu pakai elektrik der
macam tak berbaloi 


kenderaan Lit C-1 ini
dapat top speed hingga 193km/h
dan sekali charge boleh bertahan sehingga 320 km
harga yang ditawarkan dalam RM775 setakat ni


jom layan video tentang Lit C-1 kat bawah 


Sumber: TMI 

Saturday 9 June 2012

Top 10 bahasa di dunia

10. Bahasa Jerman
90 000 000

Official language: Jerman, Austria, Liechtenstein, Luxembourg

9. Bahasa Jepun
132 000 000
Official language: Jepun , Palau

Sprinter 100m, Usain Bolt "melanggar" budak !

pemegang rekod dunia
acara 100m dari Jamaica
telah berjaya memenangi acara kesukaannya itu
pada kejohanan IAAF Diamond League
bertempat di Stadium Bislett ,Oslo


namun 
setelah tamat di garisan penamat
dua org budak telah meluru ke arahnya
budak pertama sempat dielak oleh beliau
budak kedua ... telah "dilanggar" 
dan "diheret" beberapa meter
pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut :P

sekian berita
jgn lupa layan video kat bawah


amboi ...langgar yang blonde yeak hehe, tak sengaja der

Friday 8 June 2012

Sesi Pecah Lemak

yay!
gua sgt gembira
petang semalam tercipta satu rekod dunia
what!!!
world record ?
are you sure man ?

bertenang semua
sebenarnya rekod dunia diri gua
**sambil senyum sinis
setelah hampir 2 tahun gua hibernasi 
dari sebarang aktiviti bersenam (mandom)

semalam gua dapat la jogging satu pusingan
kat taman berdekatan dengan rumah gua
** la ... satu pusingan pun nak kecoh ka.

ok la tu der
permulaan yang baik
igt senang ker setelah 2 tahun 
lemak2 kat badan gua riang gembira membina koloni
akhirnya gua dapat jugak berjogging

memang berbaloi jugak buat aktiviti camni
rasa2 lebih aktif
harap2 lepas ni dapat lebih konsisten
al maklum, baru sehari jogging dah turun 1/2 kilo :P :P
kalu seminggu jogging
dah cukup untuk cover penurunan berat badan bagi setahun

wakakakaka

hari ni dapat sambung riadah sikit
moga2 badan lebih sihat der
senang sikit nak buat amal
senang sikit nak terjah blog korang :)

adios babe

ini bukan perut gua ok ... hopefully tak jadi camni

Thursday 7 June 2012

Facebook akan lenyap dalam masa 8 tahun





KEJATUHAN nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang lebih buruk bakal berlaku.

Seorang penganalisis senior pelaburan meramalkan syarikat itu akan mengalami kejatuhan dan lenyap dalam masa lapan tahun.

Eric Jackson, dari syarikat Ironfire Capital meramalkan bahawa Facebook mengalami kejatuhan yang sama seperti bekas gergasi internet seperti Yahoo, kerana ia bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih baru.

Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh NBC, Facebook terpaksa berjuang dengan laman sesawang mobile yang lebih moden dan akhirnya ia akan lenyap.

Pensil vs Kamera

dalam bidang seni
ada bermacam idea dan gaya
bagi menunjukkan nilai kreatif dan keunikan penggiat seni

ada yang buat lukisan 3D jalanan
ada yang buat gambar guna stokin ... ada meh
ada yang bina bangunan pasir
ada yang guna trick bila nak amek gambar
semua ini dan yang lain2 dilakukan 
tanpa menggunakan software untuk edit

seorang seniman bernama Ben Heine
menggabungkan gambar
dan ilustrasi pensil
bagi menghasilkan gambar yang awesome

seni ini tidak gunakan sebarang software
untuk edit gambar tersebut
sekeping kertas
yang dilukis dengan ilustrasi yang menarik
digabungkan dengan background 
yang diambil dengan kamera

layan der

Mickey Mouse dan Shamu ?

Top 10 Youngest Billionaire

1.  Mark Zuckerberg
US$17 500 000 000

Berumur 27 tahun. Berasal dari US. Beliau telah melancarkan facebook dari bilik hostel kolej semasa sedang belajar di situ. Facebook telah berkembang sebagai antara perniagaan yang paling berjaya di dunia. 

2. Yang Huiyan
US$ 4 700 000 000

Berumur 30 tahun. Berasal dari China. Beliau merupakan satu2nya wanita muda yang tersenarai. Terlibat dalam perusahaan hartanah.

Wednesday 6 June 2012

Sticker P ... kanan ke kiri ?

petang tadi igt nak bangun bila azan Asar
tgk2 der
pkl 6 pm baru ruh masuk balik ke badan 
adeh !!! kepala aku pun dah pening2
terutama kat bhgian kiri

apepun
lepas solat
cepat2 siap nak bawak kete 
lesen kete takde la tp kete dah ada pulak :P
emmm better tampal sticker P
malang "kena saman" tidak berbau der

alamak!
errr sticker ni nak tampal kanan ke kiri
takde pulak instructor driving school ajar gua
ini semua salah dia
meme salah dia ... gua igt mau lantik peguam untuk sue itu towkey 
**skrg ni semua nak saman der ... semua mata $$$

so aku pun try tanya pakcik kesayangan aku
nama diberi Google
tapi tak jumpa jwpn yang munasabah sgt
takpe la
pusing2 dulu kawasan aku ni
usha2 kete org lain :P

aku tgk diorang pasang sticker sblh kiri
depan dan belakang
arghhh ... ikut je la
dah ada sticker ... impak maksima la
vroooooooooooom

ni sticker P keta mau tampal mana sebenarnya???
kalu tampal sebelah kanan tak boleh ke???

dah dpt lesen, igt nak tour satu Malaya :P

Aishwarya Rai dulu dan sekarang

kalu cakap pasal Bollywood
tak sah kalu tak kenal artis jelita ini
Aishwarya Rai


berumur 39 tahun pada tahun ini
beliau pernah memenangi 
Pertandingan Ratu Cantik Dunia pada tahun 1994
media sering menggelarkan beliau
sebagai "wanita tercantik di dunia"


pada tahun 2007
beliau telah berkahwin dengan  Abhishek Bachchan
anak kepada Amitabh Bachchan


namun
setelah beliau melahirkan anak sulung beliau
Aaradhya Bachchan
beliau telah dikritik hebat
terutama peminat setianya
kerana bentuk badan yang semakin berisi

Tips Blog: Check berat blog

satu perkara yang mungkin blogger2 terlepas pandang 
ialah masa loading blog masing2
eh gua punya blog!
suka ahti gua la nak lambat ke cepat!
lu apehal sibuk2


minta maaf encik/cik/puan/Dato'/Datin
kadang2 bila blog kita "berat" (loading time too long)
visitors2 terutama yang baru ke blog kita
akan rasa sedikit tertekan ... yea meh
dan terus meninggalkan blog kita (mungkin untuk selamanya) :P
dengan ini bounce rate kita akan meningkat


tambah memburukkan keadaan
apabila blog kita dah la "berat"
visitors punya internet speed mcm siput
tekanan akan meningkat dengan mencanak ... yea meh


jadi disamping rekaan/widget yang macam2
pastikan blog kita tidak terlalu "berat"


so amacam mau check nih
ok gua mau share satu website 


1. Masuk ke website di bawah
Pingdom  <--CLICK here

10 Awek Blogger Cun

sesapo yang berminat
boleh terjah cepat2
tapi kalu dah chomel2 
mesti dah ada org booking der :P
takziah pada sesapo yang berkenaan wakaka

1. Fatin Liyana


2. Arxar Nadhirah



Tuesday 5 June 2012

2 fenomena falak berlaku minggu ini

1. Gerhana bulan separa

Gerhana bulan separa ini hanya dapat disaksikan di Pulau Mabul, Sabah. 
Kejadian ini berlaku pada 4 Jun (Isnin) bermula jam 7.10malam - 8.10 malam.

2. Transit planet Zuhrah melintasi matahari

Transit ini dijangka berlaku pada 6 Jun 2012 (Rabu) bermula jam 6.27pagi - 12.49 tengahari. Fenomena ini hanya dapat dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan. Fenomena ini hanya dapat dilihat 100 tahun akan datang. Bertuah org Sabah bha :)

Sumber: SinarHarian

Leap Motion: Selamat tinggal mouse dan keyboard



teknologi terus berkembang
jika sebelum ini
sebuah syarikat Jepun
memperkenalkan teknologi 
transparent double sided touch screen 
bagi smartphone Android


kini
teknologi Leap Motion telah diperkenalkan
teknologi ini membuat revolusi  
dalam mengawal komputer
jika sebelum ini kita menggunakan mouse dan keyboard
kini semua input tersebut boleh dikawal 
hanya menggunakan tangan dan jari jemari sahaja der !
dan ini dilakukan dalam 3D


Leap Motion adalah  
lebih tepat berbanding mouse
lebih sensitif dari touch screen 
lebih dipercayai kemampuannya berbanding keyboard.


jom layan video 
teknologi yang terbaru ini
yang bakal menjadi fenomena ini



Sumber: Leap Motion

Monday 4 June 2012

Tentera gilis mayat rakyat Syria guna kereta kebal (Video)

apa nak jadi manusia sekarang ni
dah hilang rasa kasih sayang ka


pernah gua tgk satu video
seekor kucing gesel2 kawan dia yang dah mati
tak putus asa
tetap stay kat tempat membe dia mati
mungkin dengan harapan membe dia akan bangun


itu kucing der
cuba tgk video kat bawah ni
tentera Syria yang gunakan kereta kebal
gilis mayat rakyat Syria 
di Jabal Al-Zawiyah
tanpa sebarang perasaan serba salah


gilis satu bab
siap rakam dengan muka rilex tu gua tak tahan
kadang2 manusia ni perangai lebih teruk dari binatang



Jadual EURO 2012 (waktu Malaysia GMT +8:00)

yeehaaa
musim bola kembali semula
EURO 2012
makin ramai la "bangun malam"
untuk menonton EURO 2012 ... adeh !!!

eleh kami gurlz mana layan bola ni
hello kawan
skrg ni ramai yang layan der
sebab player ensem2 wakaka

satu lagi
kalu kawan lelaki korang tanya tentang EURO 2012
tak tau nak ckp apa
emmm mati kutu jadinya

ok 
UEFA European Football Championship
diadakan 4 tahun sekali
buat tahun 2012 ini
pertama kali 2 negara yang anjur
iaitu Poland dan Ukraine

Sunday 3 June 2012

Hantaran kahwin mengikut taraf pendidikan ... satu realiti ?


  • UPSR & PMR                 : RM2,000 – RM4,000

  • SPM                                : RM4,000 – RM8,000

  • STPM & DIPLOMA        : RM8,000 – RM12,000

  • IJAZAH                           : RM12,000 – RM15,000

  • IJAZAH SARJANA          : RM15,000 – RM20,000

  • IJAZAH KEDOKTORAN : RM20,000 – RM30,000
o
persoalan yang timbul
adakah nilai hantaran di atas satu realiti 
yang terjadi pada zaman sekarang
atau mungkin akan terjadi pada masa akan datang

persoalan yang lain
adakah nilai tersebut berbaloi
dalam erti kata lain
menyenangkan org nak kawen

comment please :)


Sumber: Fb

Rumah terpaksa dipecahkan kerana berat 400kg

Georgia Davis
seorang remaja perempuan
berumur 19 tahun
merupakan remaja paling gemuk di UK
berat beliau dianggarkan 63 stone (lebih kurang 400kg)

remaja berkenaan telah menelefon jabatan kecemasan
kerana beliau tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri
mana tidak nya
kaki mana yang sanggup tampung berat 400kg der

kerana saiz badan yang sangat besar
sebahagian rumah perlu dipecahkan
bagi membolehkan beliau 
dikeluarkan dari rumah tersebut
dan dimasukkan ke hospital Prince Charles

seramai 50 kakitangan kecemasan bertungkus lumus
bagi membolehkan beliau dikeluarkan dari rumah
kos "operasi" ini dianggar sebanyak RM491 000

Top 5 rumah termahal di dunia

1. Antilla, Mumbai India 
Price: RM 3 190 000 000

Dimiliki oleh orang paling kaya di India, Mukesh Ambanin. Beliau juga merupakan orang ke 19 terkaya di dunia. Rumah ini mengandungi 27 tingkat yang dilengkapi 3 heli pad(tempat helikopter mendarat), lot parking untuk 168 kereta, mini panggung wayang, kuil, bar, kolam renang,perpustakaan dan 9 lif. Ada seramai 600 "orang gaji" bagi selenggara rumah ini.

2. Villa Leopolda, Perancis

Price: RM 1 617 000 000

Rumah ini terletak berhampiran pantai. Terdiri daripada 11 bilik tidur, 14 bilik air, kolam renang dan taman. Villa ini terletak di persisiran pantai tercantik di Selatan Perancis.

Saturday 2 June 2012

Smartphone DoCoMo dengan transparent double-sided touch screen

teknologi berkembang pesat
ada sahaja teknologi baru yang dicipta
sebagai contoh smartphone
macam2 aplikasi boleh digunakan
game, GPS, movie, wireless dll

sebuah syarikat telekomunikasi Jepun
NTT DoCoMo 
telah memperkenalkan sebuah smartphone 
menggunakan perisian Android
dengan teknologi yang terbaru
transparent double-sided touch screen 
skrin yang boleh tembus lihat apa kat belakang (mcm tu la kalu diterjemah) 

prototaip smartphone ni
telah diperkenalkan 
semasa satu show tentang wireless dan telefon di Jepun
Wireless Japan 2012

skrin 2.4" QVGA (320x240) ini 
bukan sahaja tembus belakang
tetapi touch screen boleh digunakan di kedua2 belah smartphone
depan dan belakang
so kalu korang nak main Rubik Cube 3D
takde masalah der
boley putar depan belakang 

tak mau tulis panjang2
jom layan video kat bawah der

ini baru smart ... smartphone der

Sumber: TMI

Negara paling banyak plastic surgery di dunia

sapa yang tak suka cantik/ensem
takde kan 
mesti la semua suka diri cantik, cute, gorgeous, sweet, bla3

ada macam2 jenis plastic surgery ni
kalu reconstruct surgery
nak betulkan bentuk anggota yang rosak
akibat terbakar, kanser, kemalangan
ada gak lelaki breast dia besar ... errrr tak tau pun
so malu der
bila reconstrct balik breast dia
nampak la cam lelaki sejati :P

yang biasa ialah kosmetik surgery
samaada guna cara bedah
atau gunakan ubat/hormon
biasanya surgery ni untuk "menambahkan"
ketrampilan atau bentuk sesuatu anggota badan 
kalu hidung kemek, bagi  nampak mancung sikit
kalu dahi berkedut, bagi nampak tegang sikit (botox)
kalu bibir tak cam J Lo, bagi nampak seksi sikit
kalu lurah tak dalam, bagi dalam sikit 
** ini bukan lucas ok, nak bagi senang faham @_@

Zizan juara Super Spontan 2012.Tahniah !



tahniah diucapkan kepada Zizan
kepada peminat2 Johan
senyum dan senyum selalu 
jgn duk ngomel nape itu dan ini
ngomel banyak2 pun
bukan boleh ubah keputusan der


so Zizan malam ni tak boleh tido
sbb dapat RM100k 
dan sebuah Toyota Camry
mlm kemenangan der


Sumber: Super Spontan

Rumah emas pertama di dunia US$12.2 billion !!!

updated(3.06.12 @ 1.23am)
the news still not 100% confirmed.some said the information provided inside Stuart Hughes's official website is fake. KIV

seorang designer British 
Stuart Hughes
memang dikenali kepakarannya
dalam menggunakan emas
bagi merekcipta barang2 yang mahal

projek terbaru beliau ialah
menggunakan sebanyak 200 000kg emas tulen
bagi membina sebuah rumah
** picture below

pembinaan rumah tersebut
mengambil masa selama 5 setengah tahun der
dan menelan kos US$12.2 billion
baca billion der
bukan million
kira2 RM39 000 000 000 

rumah tersebut terletak di Switzerland
berhampiran sempadan Itali
namun lokasi dirahsiakan atas sebab keselamatan
yeala
kalu org tahu kat mana
pakat ramai2 terjah nak korek emas2 kat dinding tu :P

Luahan hati seorang pensyarah wanita kepada pelajarnya

emmmm
emmmm
emmmm
alo kawan ... berapa kali emmmm2 ?
sorry bro, gua x tau camne nak mula :P
itu pun susah mau pk ka ... start

Once upon a time

di sebuah matriks 
nun di hujung selatan semenanjung
terdapat seorang pensyarah wanita 
Cik S (bkn nama sebenar ... nama dirahsiakan, takut diterjah lak)
Cik S ni umo dlm linkungan 30-an
still single  (yay! ... pernah di'skandal'kan dengan dia oleh membe2 aku. hampeh diorang nih)

Cik S
bersama dengan sekumpulan plajarnya
mereka sedang...
mereka sedang...
blaja la, pe lagi ... itu pun mau bgtau ka?

so dalam makmal itu
mereka sedang blaja Bio (sains hayat der)
tiba2
tiba2
Cik S merenung tajam pelajar2nya
ape lagi
semua tergamam dan ternanti2
ngomelan pensyarah yang agak cerah, cantik, rendah dan cutie itu (errrr .... gambar takde ok)


Friday 1 June 2012

Lagu Sesame Street digunakan untuk seksa tahanan di Guantanamo Bay



pernah dengar tak lagu kat atas tu
ala
masa2 kecik2
itu antara fav korang kan
gua tk main la Sesame Street ni  :P :P


Sesame Street ni meme awesome
mcm2 slot yang sesuai utk kanak2 blaja
mengira ada
membaca ada
komedi ada
puppet show ada
dan lain2 ... dah lupa der
** yea meh ... kata tak layan (kantoi)


tapi something bad dah berlaku
lagu2 dari sesame street ni telah digunakan
untuk seksa tahanan2 di kem tahanan Guantanamo Bay
muzik itu dimainkan berulang2 kali selama beberapa hari
bagi menyeksa tahanan


pendedahan ni dibuat oleh AlJazeera
selain lagu dari sesame street
lagu2 dari kumpulan heavy metal Metallica
turut digunakan

Burger paling mahal di dunia

sebuah cafe
yang terletak di Manhattan 
New York City, US
mencipta burger paling mahal di dunia

cafe yang bernama Serendipity 3
telah cipta burger yang berharga 
US$295 (kira2 RM928)

amacam
ada brani mau burn kira2 RM1k 
untuk makan burger yang ntah sedap ke tak ni
apepun cafe Serendipity 3
perlu tempah 48 jam dulu
sebelum disiapkan

yea la
dah harga mahal der
kalu ready made
orang takde beli
tarak untung ma
layan gambar burger paling mahal di bawah

amacam ... terliur tak :P

Sumber: TMI

Apple Girl

gadis epal ??
ape teruk sgt namanya


apple girl
emm kan sweet sikit nama camtu 


ok korang kenal ke ngan cutie ni :P
emm secara peribadi
aku meme tak pernah jumpa
aku meme tak pernah dengar dia nyanyi live
but just tgk video dia dlm youtube
** time aku jadi stalker temporary dulu2 kala @_@
yg terus membuat ahti ni terpikat


ape ?
terpikat ?
terpikat ngan kemampuan dia der
guna iPhone untuk music dan nyanyi


ok mai kita check background dia ckt
nama sebenar: Kim Yeo Hee
nama komersial (youtube) : Applegirl
negara: S. Korea
umo : 24 tahun


apple girl ni kalu nyanyi lagu english meme awesome
kalu nyanyi korea
tak layan der
mai tgk dia perform ngan gadjet iPhone

1. Lady Gaga "Poker Face"


2. Beyonce "Irreplaceable"