tab welcoming

Wednesday 24 July 2013

Terkini!!! Duit Raya RM 500 bagi penjawat awam/RM250 bagi pesara



SAH!!Tahniah kepada kakitangan awam kerana akhirnya dapat duit raya RM500. Manakala bagi pesara kerajaan pula dapat RM250...

Berita gembira ini diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib diberikan kepada semua penjawat awam Gred 1-54 dan akan dibayar pada 31 Julai 2013 (Rabu depan).

Berhemat der... :)


Sumber: BERNAMA

Wednesday 17 July 2013

Bonus Hari Raya 2013...masih dalam kajian



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
    
Perdana Menteri berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.
    
"Kita akan mengkaji perkara ini. Masih ada masa lagi," katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan empat syarikat yang bersetuju melabur RM1.96 bilion di negeri-negeri di kawasan Koridor Utara.