alik2 ... kabummm (petir kuat der), abis blackout. dah internet pun tak dapat plus perut pun dah " menagih simpati", aku pun pi kedai mkn. So order nasi+tomyam daging+air jus tembikai (tu semua my fav der). so sambil mkn kat Restoren Padang tu, aku pun layan Super Spontan.
saja nk bgtau, tomyam kt restoran antara yang terbest area Bidor ni. kira gempak la kan .. hehe. pas dah licin nasi+tomyam, apa lagi .... ayor (pedas beb+ badan pun dah naik stim der). baru je nk minum, lalat malang mana ntah dah tersadai kat jus tembikai aku nih.
mula2 ase kecewa der tp teringat tentang lalat ni. sebelah kepak racun, sebelah kepak penawar.so dgn confident, aku pun tenggelamkan lalat dalam jus... pastu buang. syukur, selamat diminum+x bazir der.
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:
“Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.”
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320), Abu Daud (3844), Ibnu Majah (3505)]Sumber: Blog
No comments:
Post a Comment