tab welcoming

Tuesday 29 May 2012

10 kampung dan bandar yang unik di dunia

1. Buford di Wyoming, Colorado US


Daerah tanah tinggi ini mengalami suhu rendah yang ekstrem terutama ketika musim dingin. Desa ini telah ditinggalkan oleh seluruh penghuninya yang memilih untuk tinggal di tempat lain untuk mencari penghidupan yang lebih baik kerana merasa wilayah ini tidak akan dapat berkembang. Namun tidak demikian dengan Sammons yang  tetap tinggal di sana walaupun seorang diri.
2. Kampung Giethoorn di Holland
Tidak ada satu jalanraya pun di sini. Yang ada hanyalah laluan air dan laluan untuk berbasikal. Manakala pelawat-pelawat ke sini pula digalakkan menyewa bot eletrik senyap yang digelar ‘Whisper Boat’. 




3. Bukit Xishan, Wilayah Yunnan, China



Kampung ini digelar dengan nama ‘Dwarf Empire’. Orang-orang kerdil yang lebih dari 100 orang itu disediakan rumah yang berbentuk seperti cendawan untuk tinggal.
4. Garbage City, Kaherah (Cairo), Mesir

Bandar ini terletak di luar Kaherah (Cairo), Mesir. Ia dihuni oleh masyarakat pekerja yang dipanggil Zabbaleen, yang secara peribadi mengumpul, menyusun, mengguna semula, menjual semula atau sebaliknya repurpose sisa buangan Kaherah.
5. Dusun Ulutaue, Sulawesi Selatan, Indonesia
Sebuah perkampungan yang penduduknya mengalami kelainan fizikal. Di sana, puluhan penduduknya menderita kelainan di jari kaki dan tangan. Mulai dari yang lanjut usia hingga bawah lima tahun, jari-jari mereka terbelah menjadi dua hingga mirip sepit ketam.
6. Centennial Park, Colorado US
Dalam undang-undang Amerika, berpoligami adalah satu kejahatan. Tetapi bagi 1,200 penduduk Centennial Park, iaitu sebuah kampung kecil di Colorado Arizona, berpoligami menjadi impian. Bahkan para gadis justeru ingin berbahagi suami saat menikah kelak. Sekitar 1200 penduduk Centennial Park, kampung kecil berhampiran Colorado, menunjukkan bahawa mereka berpoligami juga dengan alasan sendiri. Berbeza dengan majoriti warga AS, mereka menyebut komunitinya All-American Families (Keluarga Amerika Seluruhnya), dalam erti sebenarnya.
Seperti Ariel Hammon, 32, yang menikahi Helen, 30, yang memberinya tujuh orang anak, kemudian menikahi Lisa, 20, yang memberinya dua anak. Bagi Ariel dan dua isterinya berpoligami bererti menambah tenaga kerja untuk membangun rumah-rumah baru. “Warga di Centennial Park pernah membangun rumah baru berhampiran rumah induk hanya dalam waktu dua hari. Itu kerana ramai anak, banyak sukarelawan,” kata Ariel kepada ABCNews.
Cemburu kerana cinta berbelah bagi?  “Kami tidak pernah memikirkannya, justeru ini yang saya impikan sejak dulu,” kata Helen, bekas siswa Ariel seperti halnya Lisa. “Saya tidak ada masalah Ariel sudah menikah, itu saya anggap bonus,” tambah Lisa.
Beberapa penduduk yang ditanya soal seks, mengaku rimas. Menurut mereka, para remaja tetap menjaga keperawanan dan dilarang berciuman sebelum menikah. Dan di tengah keruntuhan moral akibat merebaknya seks bebas di AS, Centennial Park cenderung tertutup dan curiga dengan orang asing. “Kerana agama melarang (seks sebelum menikah),” kata seorang penduduk.
Ariel juga menilai program Big Love di televisyen HBO yang menggambarkan intrik, kecemburuan dan saling menjatuhkan antara para isteri, bukan kenyataan sebenarnya. Ariel menilai yang terpenting adalah menjaga keutuhan rumah tangga dan mengasuh anak-anak sehingga seks bukan prioriti. “Untuk seks, harus mencuri waktu kerana ramai anak di rumah. Tetapi seks adalah ekspresi cinta, banyak cinta di tempat ini,” kata Ariel.
7. Pedukuhan Wangon, Jawa Tengah Indonesia
Lebih dari 40 tahun penduduk hidup tanpa air bersih. Mereka merasa hidup tak layak di negara merdeka. Kampung yang berpenduduk lebih dari 2,255 orang ini hidup tanpa air bersih.
Air bersih bagaikan barang yang sulit diperolehi. Konon katanya, kampung ini kena kutukan kerana ada seorang nenek yang meminta air minum dari warga kampung tapi tidak ada yang berikan.
8. Dusun Kasuran,Yogyakarta, Indonesia
Majoriti penduduknya tidak tidur di atas katil.
Tradisi ini sudah berlangsung turun-temurun sejak zaman nenek moyang, dan tidak cuma ditaati oleh orang-orang yang sudah sepuh, tapi juga orang-orang muda dan anak-anak. Majoriti penduduk tidur hanya beralaskan tikar atau tilam yang tidak ada katilnya.
9. Kampung Kandovan, timur Azerbaijan, Iran

Kampung Kandovan yang dikorek pada batu-batu dan membentuk seperti gua-gua ini terletak di timur Azerbaijan, 60km dari bandar Tabriz,  Iran.  Kampung ini dikatakan berusia lebih dari 700 tahun.
10. Kampung Kodinhi, Kerala, India
Dikenali juga sebagai ‘wonderland of twins’. Tidak hairan jika guru di sekolah itu mendapat tugas tambahan untuk menghafal muridnya satu per satu. Kedua puluh pasang anak kembar itu berjenis kelamin sama dan merupakan kembar seiras. Para guru kerap salah ketika menyapa nama mereka. Apalagi setiap pasang anak kembar hanya dibezakan dengan belahan rambut.
Sumber: Wootmedia

8 comments:

EmeLiena said...

Perghhh, semuaaa unik. Paling best kampung yang kena guna 'whisper boat' . Contoh kalau laa rumah terbakau, ambik air terus kat tepi tu ja. Haha (gelak jahat) ;p

Pecinta pink^^ said...

saya suka kg no2 tu..indah:)hikhik

Unknown said...

mcm tu pulak ... adeh !!! tp meme view dia best

Unknown said...

aku suka no 1
dah lama ngidam nak main salji

cuma takde teman lak pulak

Noor Maizan said...

aneh pelik dan unik.....

Unknown said...

semestinya der
tapi yang ke tujuh tu mcm biasa ja

Korn Ahmad said...

Yang no 2 tu tempat nye macam nyaman jer... rase nak pergi sana lah.... release2 tension... memang unik spt tajuknya.. hehe

- AZIE - said...

yg dkt holland tue memg best, pernah tgk gmbr perkampungan dkt holland tue, memg cantik