tab welcoming

Wednesday, 30 May 2012

5 rumah "camouflage" yang unik di dunia

biasanya camouflage atau penyamaran 
dibuat oleh haiwan supaya tidak dikesan pemangsa
haiwan tersebut akan menukarkan warna fizikal sepadan
dengan warna persekitaran

manusia juga turut melakukan camouflage der
contoh kalu korang tgk citer action
yang libatkan sniper
slalu dalam hutan
kat salji pun ada
baju yang dipakai akan sama dengan keadaan sekitar
muka juga akan diwarnakan

tapi
ada ke rumah camouflage ??
mai kita tengok antara yang ada di bawah ni


1. Wood HouseHilversum, Netherlands

Rumah ini menggunakan potongan kayu api kecil (log kayu) yang biasanya digunakan semasa musim sejuk untuk dibakar. Struktur asas adalah dari besi dan plastik. Rumah ini adalah tempat terbaek mencari ilham bagi pemuzik Hans Liberg.




2. Casa do Penedo, Fafe Mountains, Portugal


Macam zaman batu kan? Nama rumah ini ialah Casa do Penedo atau dikenali sebagai 'House of Stone'. Dibina pada tahun 1974 dengan gunakan 4 batu(boulders) yang berlainan. Tiada elektrik dalam rumah ni, so guna lilin der.


3. Leaf BoxSan Francisco, CA

Bukan pun rumah sebenar tapi sebenarnya ialah studio seni yang terletak di kawasan perumahan San Francisco.


4. Dune Home1941 1943 Beach Ave, Atlantic Beach

Rumah ini dibina diatas bukit pasir (dune) yg terletak di Pantai Atlantik, Florida. Rekaan ini hasil seorang arkitek bernama William Morgan.
Rumah ini terdiri daripada tingkat atas (bilik tidur+bilik air), baagian atas pantai (teres) dan bahagian bawah pasir (ruang tamu). Harga pasaran ialah US1 juta. Ada bran mau angan2 nak beli der ?


5. Dragon RockGarrison, New York

Rekaan rumah ini dihasilkan oleh Russell Wright. Dinamakan sebagai Dragon Rock, rumah ini dibina pada tahun 1960. Di dalam rumah tersebut, terdapat juga batang pokok yang terletak di ruang makan.


Sumber: Yahoo!

2 comments:

RaimiSyazwan said...

Awesome
Aku paling suka yang no 5 tu..
Sejuk je penyamarannya

shuhadaothman said...

style ! no 4 tu mcm best je. ahaha XD