tab welcoming

Friday, 28 September 2012

Belanjawan 2013 Malaysia (Bonus + BRIM RM500/RM250 dll)

YAB Datuk Seri Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah membentangkan budjet bagi tahun 2013 di parlimen hari ini. Pembentangan ini bermula pada jam 3.30 pm dan berakhir pada jam 6.30pm.

Belanjawan yang bertema "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" berjumlah 251.6 billion itu menggariskan 5 fokus utama bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.


Sebelum menutup pembentangan tersebut, beliau sempat berkempen dengan semangat hehe... Apapun semoga Malaysia terus cemerlang der.



Pembuka kata


- Kerajaan tidak pernah menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.

- Naskhah bajet ini penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan.


- Asas ekonomi kukuh membolehkan ekonomi negara di landasan teguh.


Gambaran umum

- Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.

- Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.

- Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.

- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.


Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2012

wah ... indah sungguh dapat duduk hotel sambil menghadap Singapore hehe. Sebenarnya gua sekarang(24 Sept) di Johor Bahru bagi mengikuti Simposium Robotik. So awal2 pagi dah bertolak dan sampai ke Hotel The Zone Regancy, Johor Bahru. 

Ingat nak tempah bilik tapi semua dah habis untuk dua hari berturut2 ... emm cari punya cari, adalah satu Suria City hotel.




Ok pernah dengar ke National Robotics Competition (NRC)? NRC ini ialah satu pertandingan robotik yang dianjur oleh KPM dengan kerjasama Sasbadi. Terdapat 2 kategori yang dipertandigkan iaitu Regular dan Open. Setiap kategori dibahagikan kepada sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas.

Monday, 24 September 2012

Kesan air mani kepada lelaki dan wanita



Ehem2 ... macam XXX jer post kali nih. Err rilex bro, gua nak kongsi info yang menarik dan mungkin tak pernah di ajar di kelas sains. oppsss hehe ... anyway info ini boleh diamal untuk yang berkahwin sahaja. Yang belum tu, jgn cari bala nak cuba2. 

Ok berbalik kepada tajuk ... lelaki dan perempuan mempunyai air mani masing2. Jom kita lihat beberapa perkara berkaitan air mani dan kesannya.


1. Perut lelaki berkahwin BOROI

Selalu kita dengar bahwa perut lelaki cepat boroi sebab dah senang hati. Yeala ... dah kawin ni macam boss kan. " Sayang air kopi satu (sambil tgk TV) " " Sayang ... nak makan cekodok ikan bilis(sambil berbaring atas sofa)". Kan hapening hidup macam tu. Kalu dah kurang gerak, secara logik memang la perut ke depan kan. 

Sunday, 23 September 2012

Senarai 14 lokasi dipasang kamera AES JPJ (fasa 1)

AES adalah singkatan kepada Sistem Penguatkuasaan Automatik. Sistem ini setakat ini digunakan bagi mengesan pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.

Sekiranya seseorang pemandu melakukan kesalahan lalu lintas seperti di atas, kamera AES akan mengesan dan merakam secara automatik kenderaan yang terlibat.




Thursday, 20 September 2012

Rumah dengan "bumbung hidup"

apo! bumbung hidup ? ni nak buat April Fool ke kawan. Sekarang ni dah bulan 9 la bro ... hehe. Sabar dulu, bagi gua citer sikit ok.

Sebenarnya takde la bumbung rumah tu hidup dengan bernafas atau bergerak seperti manusia. Sebaliknya bumbung2 tersebut ditanam dengan rumput/bunga bagi menambahkan kecantikan dan unsur alam semulajadi.

Memang menarik kan idea tersebut? Bukan sahaja menambah kecantikan rumah tersebut, tetapi juga secara tidak langsung satu inisiatif baik bagi menjadi kawasan rumah lebih mesra alam.

jom layan gambor2 kat bawah ... layan der


1. Meera Sky Garden House, Singapore


Pulau-pulau yang dimiliki oleh billionaire

Nama pun billionnaire, memang sah2 byk duit kan. Bila dah jadi billionaire ni, takkan nak simpan je duit tu kan. So ada jugak la antara mereka yang membeli pulau ... diulangi membeli pulau. Pulau tersebutdibeli bagi tujuan peribadi atau menjadikannya kawasan peranginan.

Tak mau citer panjang, jom layan pulau2 yang dibeli oleh bilionaire dan anggaran nilai semasa pulau tersebut.

1. Lanai, Hawaii 

Pemilik: Larry Ellison
Nilai pulau: $500-600 juta 


Wednesday, 19 September 2012

Penjawat awam sedia kerja lebih masa (7:45am - 5:15pm) dengan 6 syarat



Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menawarkan untuk bekerja lebih masa setiap hari sekiranya kerajaan melaksanakan enam tuntutannya, termasuk bayaran lebih sebulan gaji.


Presiden kesatuan itu, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersedia membincangkan perkara itu dalam kongresnya, sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan mereka dalam pengumuman Bajet 2013 pada 28 September ini.

"Cuepacs akan pastikan perubahan pekerja. Kita akan minta mereka bekerja lebih masa 15 minit sehari iaitu, datang seawal 7.45 pagi dan pulang 5.15 petang," kata Omar.

Air Asia FREE Seat kembali lagi ! (International)



Air Asia Homepage

Sapo2 yang rasa berjalan naik kapal terbang ... apa lagi! Inilah masa yang paling sesuai. Air Asia menawarkan FREE seat untuk penerbangan domestik dan international.

Tempoh booking untuk penerbangan domestik meliputi negara Malaysia, Indonesia, Filiphine dan Thailand dah bermua hingga 23 September 2012(Ahad). 

Sapo2 yang nak pi jauh2 sikit, malam ni stay up la. Booking untuk penerbangan international akan mula dibuka dari jam 12 tengah malam ini hingga 23 September 2012(Ahad). 

Kesemua penerbangan ialah pada tahun hadapan iaitu dari 1 April 2013 hingga 30 September 2013.

Tuesday, 18 September 2012

Air Asia FREE Seat kembali lagi !!!



Air Asia Homepage

Sapo2 yang rasa berjalan naik kapal terbang ... apa lagi! Inilah masa yang paling sesuai. Air Asia menawarkan FREE seat untuk penerbangan domestik dan international.

Untuk penerbangan domestik meliputi negara Malaysia, Indonesia, Filiphine dan Thailand. Tempoh booking adalah dari 18 September 2012 (Selasa) hingga 23 September 2012(Ahad). Untuk selain itu daripada itu adalah penerbangan international. Tempoh booking adalah dari 20 September 2012(Khamis) hingga 23 September 2012(Ahad). 

Kesemua penerbangan ialah pada tahun hadapan iaitu dari 1 April 2013 hingga 30 September 2013.

Tutorial : Install GPS Papago M9 ... 100% free

Assalamualaikum dan selamat pagi. Waduh2 lama dah tak update blog, top commentator ngan shout box pun dah tak function. Nasib baek la header aku tu masih utuh tak dimakan anai2 hehe

Pagi ni hujan renyai. Mungkin kesegaran pagi membuat tangan aku teruja untuk menaip :P  

Anyway just nak share tutorial untuk install PapaGo m9. bagi yang tak tahu lagi, PapaGo ni salah satu perisian untuk GPS. senang citer alat jalan ke sana sini :P

Ok ... sebelum ni gua dah post thread tentang cara nak install PapaGo x5 (version sebelum ini) kat link bawah ni.





Monday, 17 September 2012

Button Scroll to Top : Tips Blog

kadang kala, blog kita ni panjang sangat. sebab pertama ialah dalam satu page ada lebih satu entry(macam dalam blog gua ada 5 entry). sebab ke dua ialah post kita dalam satu entry tu panjang berjela-jela. panjang berjela2 tu bukan problem. iyeala ... bila nak sampaikan luahan hati atau perkara yang penting mestilah in detail kan?

tapi agak problem bila dah baca sampai bawah pastu ... bila nak atas balik kena guna mouse untuk skrol sampai ke atas balik. kan byk joule tenaga digunakan :P

so gua nak share button scroll to top. sebelum ni gua guna button yang permanent, belum skroll bawah pun dah appear button tu. tapi untuk tips kali ni, button scroll to the top hanya akan muncul bila page dah skrol ke bawah.


sebelum skrol ke bawah


setelah skrol ke bawah (button up sebelah kiri)

Anjing paling besar di dunia



hari ni jom kita berkenalan dengan George, seekor anjing jenis Great Dane. anjing ini dimiliki oleh seorang penduduk Michigan, Amerika Syarikat yang bernama Dave Nasser. yang kat atas tu Christie, isteri Dave Nasser.

alo kawan, tajuk punya gempak. tgk anjing kat gambar kat atas tu kecik kemetot jer. lu sembang kencang ka? hehe rilex bro, tu gambar George waktu baby (2006) 

sekarang ni George nak besar panjang. bukan setakat besar panjang jer, dah pegang rekod sebagai anjing paling besar di dunia. besar sgt ke? berat mencecah 114kg dengan tinggi 2.1 meter memang besar der.dah macam manusia punya size. meh usha sikit picture kat bawah ni. layan der