tab welcoming

Sunday, 23 September 2012

Senarai 14 lokasi dipasang kamera AES JPJ (fasa 1)

AES adalah singkatan kepada Sistem Penguatkuasaan Automatik. Sistem ini setakat ini digunakan bagi mengesan pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.

Sekiranya seseorang pemandu melakukan kesalahan lalu lintas seperti di atas, kamera AES akan mengesan dan merakam secara automatik kenderaan yang terlibat.





Maklumat kesalahan tersebut akan dihantar ke Pusat Kawalan AES(Control Center) dan pemilik/pemandu kenderaan terbabit akan dikesan melalui maklumat dalam data JPJ. Seterusnya, surat saman akan dihantar kepada pesalah lalulintas (Orang Kena Saman: OKS) tersebut melalui pos.

Sistem ini juga secara automatik akan menghantar maklumat OKS kepada mahkamah jika OKS memilih untuk dibicara atau gagal membayar kompaun.

Emmm kalu alamat tak update kat data JPJ tu camne yeak? Mungkin ada kaedah alternatif bagi pihak JPJ untuk mengesan pesalah tersebut. Anyway jom layan 14 tempat yang dipasang dengan sistem AES ini bagi fasa yang pertama. 

Kawasan tersebut adalah tempat2 yang sering berlaku kemalangan di negeri Perak, Selangor, KL dan Putrajaya. Tempat2 lain .... tunggu. Masa anda akan tiba tak lama lagi wakaka



1. KM 7 Jalan Maharajalela Teluk Intan (F0058)
Hilir Perak
Had laju: 90 km/j
Koordinat: 3.97649,100.98882
Mobile AES
Mahkamah: Teluk Intan


2. KM 376, L/Raya PLUS - Slim River (E0001)
Tanjung Malim
Had laju: 110 km/j
Koordinat: 3.84434,101.40277
Fixed AES
Mahkamah: Slim River


3. KM 91 Jalan Ipoh -Butterworth (F0001)
Kerian
Had laju: 60 km/j
Koordinat: 4.78145,100.73517
Mobile AES
Mahkamah: Taiping


4. KM 85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur (F0001)
Tapah
Had laju: 90 km/j
Koordinat: 3.9657, 101.3270
Fixed AES
Mahkamah: Slim River


5. KM 205.6 Taiping Utara (E0001)
Taiping
Had laju : 110 km/j
Koordinat: 4.90453,100.66797
Fixed AES
Mahkamah: Taiping


6. KM 26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar (F0001)
Sungai Siput
Had laju : N/A (langgar lampu isyarat merah)
Koordinat: 4.81681,101.07807
Lampu Isyarat
Mahkamah: Sg. Sipot


7. Jalan Pasir Putih (Berhampiran TNB) (A0184)
Ipoh
Had laju: N/A (langgar lampu isyarat merah)
Koordinat: 4.5817,101.0820
Lampu Isyarat
Mahkamah: Ipoh


8. KM D7.7 Sungai Besi (E0002)
Kuala Lumpur
Had laju: 80 km/j
Koordinat: 03.05085,101.70506
Mobile AES
Mahkamah: Jalan Duta


9. Jalan Persiaran Timur (Z0002)
Putrajaya
Had laju : 80 km/j
Koordinat: 02.94313,101.71394
Mobile AES
Mahkamah: Kajang 


10. Km 301.9, Kajang (E0002)
Kajang 
Had laju : 90 km/j
Koordinat: 02.97565, 101.74259 
Fixed AES
Mahkamah: Kajang


11. Jalan Lebuh Sentosa (Z0022)
Putrajaya
Had laju: 70 km/j
Koordinat: 02.94656,101.68422
Fixed AES
Mahkamah: Kajang 


12. Km 6.6 Jalan Kajang/ Puchong (E0026)
Kuala Lumpur 
Had laju: 90 km/j
02.973157, 101.685212 
Fixed AES 
Mahkamah: Kajang


13. Jalan Klang Lama (Z0089)
Kuala Lumpur
Had laju : N/A (langgar lampu isyarat merah)
Koordinat: 03.085617,101.673319
Lampu Isyarat
Mahmamah: Jalan Duta


14. Jalan Ipoh (Z0060)
Kuala Lumpur
Had laju: N/A (langgar lampu isyarat merah)
Koordinat: 03.177469,101.686805
Mahkamah: Jalan Duta


Sumber: JPJ

No comments: