tab welcoming

Saturday, 16 February 2013

Karisma @ Hati Rakyat, bantuan RM200 (Semenanjung) dan RM 300(Sabah&Sarawak)



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) yang merupakan satu inisiatif terbaru bagi membantu rakyat berpendapatan rendah, miskin dan tidak bernasib baik diperingkat akar umni.
Melalui program ini, sebanyak RM50 juta telah disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  untuk diagihkan kepada 200,000 penerima diseluruh negara.
Penerima-penerima terbabit akan menerima baucer berjumlah RM200 bagi di Semenanjung dan RM300 di Sabah dan Sarawak secara one-off.
Baucer ini boleh digunakan bagi penebusan barangan keperluan rumah, kelengkapan sekolah, barangan dapur dan memasak dari kedai-kedai terpilih di seluruh negara.



Najib berkata, peruntukan RM50 juta ini adalah susulan daripada Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan akan diselaraskan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Yayasan Kebajikan Negara.
"Satu pasukan bergerak (mobile team) dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan bergerak ke seluruh negara bagi memastikan bantuan ini sampai kepada kumpulan sasar yang ditetapkan,’’ katanya di Majlis Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Ipoh hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Puhat Mat Nayan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan serta ketua-ketua jabatan kerajaan.
Sumber: PerakNews

No comments: