p/s: br sempat update (25.03-29.03)
Wah penatnya hari ini. Macam mana tak penat der ... Dari Isnin
sampai hari ini asyik berlatih kriket. Eh!Tajuk kursus tapi awat pula lu kata
berlatih kriket. Yeala, kalu nak main kriket kena la amali terus menerusi
berlatih. Ingat cakap2 dah boleh pandai ka main kriket ^_^
By the way, Hai Isnin agak ok lagi sebab mula pukul 2 pm
sampai 5pm. Jurulatih nih pun bijak juga, hari pertama bagi simple train. Camne
nak ready, bats up dan batting. Yeala, kalu mula yang advance ...mau cacat cara
bermain dan paling pasti, yang datang pun tak mahu datang lagi.
Hari kedua, perghh memang train habis2an. Bayangkan dari
pukul 8.30am sampai 5.30pm(ikut jadual).Warming up sebelum berlatih memang
perit. Memang pecah lemak2 tepu di badan nih. Terasa otot2 sakit terutama di
bahagian belakang peha. Gua serius surrender.
Semalam gua dapat separuh hari jer. Sesi petang (2.30pm –
4.30pm) gua “cabut” dengan alasan ada urusan yang perlu diselesaikan. Ayat
skema der untuk mengelak hehehe. Anyway, hari ini memang awesome larrr... gua
tak skip sesi petang.Cuma pagi datang lewat sikit tetapi just miss sesi warming
up jer.
Hari ini belajar front stop dan batting pada sesi awal pagi.
Gua dapat info baru tentang middle stamp, leg stamp dan off stamp. Hah! Korang
mesti blur kan dengan istilah2 tu ... so gua skip dengan hormatnya(sebenarnya
malas nak tulis panjang). Waktu rehat 11.30 -12.30, gua sempat jugak belajar
bowling. Ini bowling kriket yeak, bukan tenpin bowling!
Sesi petang sambung batting lagi. Adeh!!! Memang payah nak
batting dalm kriket, kalu salah cara tak dapat nak hit bola.Anyway hari ini
hujan rahmat turun so balik awal jugak la dalam 5.00pm. Sambil training. Sempat
bergambar der ...
2 comments:
CMMNE NAK daftar kursus kriket..ada info tak?012-9511610 cikgu khairul
actually kursus ini utk PPD Btg Pdg shj :)
Post a Comment