tab welcoming

Monday, 2 December 2013

Hotel terdekat dengan IJN @ Hotel Putra - Review dan Kadar Penginapan

Assalamualaikum dan selamat malam. Agak penat hari ni der. Baru balik dari Institut Jantung Negara(IJN) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Hari ini pun hujan renyai-renyai dari pagi sampailah sekarang. Alhamdulillah.


Hah!! Masuk JIN!!! Jangan salah faham der. Bukan gua yang direfer ke IJN. Sebenarnya dua minggu yang lepas, ayah gua masuk ICU Hospital Slim River sebab serangan jantung. Sebelum ini ada juga la sakit-sakit sikit tapi kali ini yang serius. 5 hari di hospital dan hari ini perlu ke IJN untuk berjumpa dengan pakar kardiologi.

Jika ada yang ingin ke IJN dan tidak mahu rush, boleh stay di hotel-hotel berdekatan dengan IJN. Hotel yang paling hampir ialah Hotel Putra KL. Jika menggunakan GPS PapaGo, boleh search Putra KL Hotel, Kuala Lumpur. Hotel ini terletak di Jalan Tun Razak dan bersebelahan dengan Hospital Puswari dan juga Perpustakaan Negara. Hotel ini terletak betul-betul di hadapan IJN.

Terdapat hanya 2 jenis bilik yang ditawarkan iaitu Standard Superior dan Family Deluxe. Kadar bilik ini berdasarkan kategori kerajaan/swasta. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, bukti seperti surat pengesahan sebagai kakitangan awam perlu dikemukan. Gua bagi surat kursus jew...diterima juga asalkan ada nama dan juga alamat tempat bekerja.

Kakitangan kerajaan
1. Standard Superior  RM200.00
2. Family Deluxe          RM240.00


Bukan Kakitangan kerajaan
1. Standard Superior  RM210.00
2. Family Deluxe          RM250.00

Pakej diatas termasuk sarapan untuk 2 orang dan harga yang ditawarkan ialah adalah bagi 2 ORANG SAHAJA. Jika ingin menambah orang ketiga perlu ditambah RM20. Tapi ....pandai-pandai la korang wakaka. Bagi gua, bilik dan kemudahan yang disediakan memuaskan. Bilik pun luas dan kondusif. Kalau nak beli snek/ minuman/isi minyak, sebelah hotel ini ada PETRONAS. 

Kalau malas nak keluar sana sini untuk lunch atau dinner, boleh singgah di tingkat ke 2 hotel.

Makan tengahhari    RM25.00/seorang
Makan malam            RM30.00/seorang

Kemudahan lain di hotel ini:
  • Parking percuma di basement BI dan B2
  • Dewan seminar/Bilik Mesyuarat
  • Surau lelaki dan perempuan
  • Astro
  • WIFI (OPEN/takde password)
  • Dobi
Contact
Alamat: Lot 149, Seksyen 87, Jalan Tun Razak, 50050 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-26881888
Fax: 03 26812179



1 comment:

Kereta Sewa Shah Alam said...

Lepas ni kalau g area IJN boleh la cari hotel ni.