tab welcoming

Wednesday, 2 January 2013

Permohonan rebat RM200 telefon smartphone telah dibuka !!! @ Budjet 2013

Zaman sekarang ni ... dah jadi trend pakai semak pon (smartphone). Ke hulu dan ke hilir, jari telunjuk tangan duk main smartphone jer. Kat tempat kerja, dalam bus, dalam train ... pendek kata dimana2 la.

Semasa pembentangan Budjet 2013, antara inisiatif yang ada ialah rebat untuk pembeliaan smartphone sebanyak RM200 bagi golongan belia. So sapa2 yang menepati syarat2 di bawah ni, dah boleh mula apply online melalui link di bawah ne. 




SYARAT-SYARAT:
1. Warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun.
2. Pendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
3. Telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500. <--- SYARAT INI DIMANSUHKAN. LIHAT UPDATE DI BAWAH.
4. Setiap belia hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G.
5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. 
Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster).

Permohonan dibuka dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 melalui laman web di bawah.

SKKM


UPDATE
Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
   
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
   
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
   
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
   
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
   
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
   
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.
   
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
   
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
  
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.  - Bernama

1 comment:

Hans Hanis said...

dah apply ke bro?