tab welcoming

Tuesday 15 January 2013

HOT!!! Video Bawani, pelajar UUM berbahas dgn Sharifah President of Suara Wanita 1 Malaysia

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani yang bangun bercakap di forum itu membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.




Masing2 ada pendapat der ... 

Monday 14 January 2013

Gangdam Style pecah 1 billion view dalam Youtube


Lagu "Gangdam Style" yang dinyanyikan oleh PSY telah memecahkan rekod lebih 1 billion view setelah 6 bulan dalam laman Youtube. Sebelum ini, lagu tersebut telah memintas lagu "Baby" nyayian Justin Bieber sebagai lagu paling banyak view dalam youtube.

Perghh... x sampai setahun dah jadi viral. Lagu tersebut juga mendapat hampir 5 juta komen dan hampir2 juta favourite. Selain itu hampir 7 juta yang like kepada video tersebut.

Free seat Air Asia 2013 !!!


Seperti tahun2 yang lepas, Air Asia akan memberi lagi tiket percuma bagi penumpang2 yang bertuah hehe... 




Jika dilihat tahun lepas, free seat ini meliputi penerbangan domestik dan juga antarabangsa. Cuma kena bayar airport tax shj. 

So tepat 12 malam 15 jan 2013 ni...jgn lupa buka web Air Asia ok. i luv Air Asia der :)

Air Asia

70 model smartphone untuk rebat RM200



Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengemukakan 70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat RM200 Pakej Telekomunikasi Belia (PKB).
Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata model telefon berkenaan akan dipapar menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan belia membuat perbandingan harga di pasaran.

"SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi Internet dan kini 187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Himpunan Kasih Sayang, Klik Dengan Bijak dan Nilai-nilai Murni peringkat negeri Sabah di Menumbok, dekat Kuala Penyu hari ini.

Beliau berkata kementerian juga akan menyenaraikan 1,000 outlet dan penjual alat telekomunikasi yang menyertai PKB di seluruh negara.

Di bawah program itu yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013, belia berusia antara 21 dan 30 tahun layak menerima rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar.

Program Himpunan Kasih Sayang yang berlangsung selama dua hari sejak semalam itu dianjur SKMM Sabah dan Labuan dengan kerjasama beberapa agensi di bawah KPKK.

Program yang dimeriahkan pelbagai lapisan masyarakat itu turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Azizah Mohd Dun, pemangku Pengerusi Umno Beaufort Isnin Aliasneh dan Adun Kuala Penyu John Teo Mau Sing.

 Sumber: BERNAMA

Saturday 12 January 2013

Kalendar OGKL 2013



JANUARI


  • G. BESAR HANTU- G HANTU [11 JAN - 13JAN]
  • MT FANSIPAN [22 JAN-28 JAN]

FEBRUARI

  • G. HIJAU [ 1 FEB-2 FEB]
  • TRANS BATU ( G BATU BUJANG-G BATU PUTIH-G BATU KAK0 [8 FEB -12 FEB]
  • BKT 2 RINGGIT [ 23 FEB]

MAC

  • AGM OGKL 2013

APRIL

  • G TAMPIN-G PASIR [6 APR-7APR]
  • G SWETTENHAM-G SIKU [19 APR-21 APR]
  • G MARAPI-G SINGGALANG-G TANDIKET [30 APR-5MEI]

MEI

  • WHITE WATER RAFTING SG NENGGIRI [23 MEI-26 MEI]

JUN

  • JADE MT.-SHUE MT. [4 JUN-10 JUN]
  • G KENDERONG-G KERUNAI [ 14 JUN -16 JUN]
  • G BESAR-G CABANG TIGA [28 JUN-30 JUN]

OGOS

  • G BAH GADING [ 30 OGS-1 SEP]

SEPT

  • G LEBAH-G LEBAH TIMUR [ 13 SEP-16SEP]

OKTOBER

  • G GAJAH TEROM [4 OKT-7OKT]
  • SAMBUTAN OGKL 20 TAHUN [26 OKT-27OKT]

NOVEMBER

  • G CHONDONG GELITING-G TUMANG BATAK [1 NOV-5 NOV]
  • PAINTBALL [24 NOV]


DISEMBER

  • G NUANG VIA JANDA BAIK [ 7DIS-8DIS]
  • G CHAMAH-G ULU SEPAT [20DIS-25DIS]


Sumber: fb OGKL

Thursday 10 January 2013

APDM - Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM



Kepada guru-guru yang ingin memindahkan data pelajar atau mengemaskini data murid, sila lawat link yang diberi di bawah. Layan der ...

APDM << KLIK di sini

Kadang kala, laman tersebut tidak dapat diakses kerana server tidak  dapat menampung lebihan pengunjung. Tolong tingkatkan bandwith server kepada pihak yang berkenaan :)


SPS-Sistem Pengurusan Sekolah KPM << KLIK di sini

Tuesday 8 January 2013

10 Lapangan Terbang Tersibuk di Dunia



Atlanta telah dinobatkan selaku lapangan terbang yang tersibuk di dunia bagi tahun 2012. Lapangan tersebut mencatatkan penumpang seramai 1 927 531 (mengikut tempahan seat) yang diekori rapat oleh lapangan terbang Beijing. 


Penganalisis menjangkakan bahawa pada tahun 2013, lapangan terbang Beijing akan memintas dan menjadi lapangan paling sibuk di dunia. 


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA) pula menduduki tempat ke 18 sebagai lapangan terbang yang tersibuk di dunia.

RankAirportTotal Seats
1ATLAtlanta Hartsfield-Jackson International Airport1,927,531
2PEKBeijing Capital International Airport1,918,574
3HNDTokyo Haneda Airport1,813,291
4LHRLondon Heathrow Airport1,668,272
5DXBDubai International Airport1,587,901
6LAXLos Angeles International Airport1,442,395
7HKGHong Kong International Airport1,435,824
8CGKJakarta Soekarno-Hatta International Airport1,428,587
9ORDChicago O'Hare International Airport1,390,176
10SINSingapore Changi Airport1,388,096


Sumber: Centre for Aviation

Wednesday 2 January 2013

Permohonan rebat RM200 telefon smartphone telah dibuka !!! @ Budjet 2013

Zaman sekarang ni ... dah jadi trend pakai semak pon (smartphone). Ke hulu dan ke hilir, jari telunjuk tangan duk main smartphone jer. Kat tempat kerja, dalam bus, dalam train ... pendek kata dimana2 la.

Semasa pembentangan Budjet 2013, antara inisiatif yang ada ialah rebat untuk pembeliaan smartphone sebanyak RM200 bagi golongan belia. So sapa2 yang menepati syarat2 di bawah ni, dah boleh mula apply online melalui link di bawah ne. 




SYARAT-SYARAT:
1. Warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun.
2. Pendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
3. Telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500. <--- SYARAT INI DIMANSUHKAN. LIHAT UPDATE DI BAWAH.
4. Setiap belia hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G.
5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. 
Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster).

Permohonan dibuka dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 melalui laman web di bawah.

SKKM


UPDATE
Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
   
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
   
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
   
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
   
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
   
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
   
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.
   
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
   
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
  
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.  - Bernama