tab welcoming

Saturday 23 March 2013

TV Ultra-HD termahal di dunia dari SAMSUNG


Syarikat gergasi Korea Selatan, SAMSUNG memperkenalkan TV Ultra-HD yang dinamakan UN85S9. TV Ultra-HD ini berukuran 85 inci dan dijual dengan harga US$ 40, 000 (RM124, 000). Mahal der ... boleh beli sebijik rumah hehe.
SAMSUNG juga memaklumkan bahawa "adik beradik" TV Ultra-HD ini juga akan dipasarkan dengan saiz yang lebih besar iaitu 95 inci dan 110 inci. Apabila saiz besar, makanya harga akan jadi lebih mahal.
SAMSUNG mendakwa bahawa TV Ultra-HD ini dikeluarkan bagi memenuhi citarasa pengguna yang inginkan "hiburan terbaik" di rumah. Bagi tujuan tersebut,pembesar suara dengan kuasa 120 watts dibina bersama bagi menjanjikan sistem suara yang gempak der. Kalu jiran bising2 ... ajak diorang layan bersama, mesti no complaint wakaka.
Berbanding TV HD yang biasa, TV Ultra-HD UN85S9 ini memaparkan resolusi bagi imej empat kali lebih baik. TV HD yang biasa memaparkan resolusi imej seperti kualiti Blu Ray.

Sumber: TMI

Wednesday 20 March 2013

Keputusan SPM 2012 (semak SMS)

Gua rasa hari ni mesti ramai ex student tahun lepas tercungap2 ... al maklum besok result SPM bakal kelua. Ada yang bakal menangis, ketawa, melonjak keriangan dan macam2 gelagat lagi.

Macam mana pun, gua sebagai pengendali blog layander mengucapkan "ALL THE BEST" untuk semua calon SPM 2012. So besok 21.03.2013 (khamis) ... boleh la pakat2 pi sekolah sambil jumpa cikgu2 yang tersayang hehehe

Jika hendak mendapatkan result di sekolah, butiran seperti berikut:
Tarikh: 21.03.2013
Hari: Khamis
Masa:bermula 10 pagi

Jika melalui SMS
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam27 Mac 2013.
Taipkan:
SPM<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran & SMS ke 15888
Contoh mesej penghantaran
SPM 950527031543 MA222A333
SMS ke
15888

Terkenang gua ketika masa gua amek result satu ketika dahulu :P

Tuesday 19 March 2013

Semak peluang kerjaya di iwant2b



Iwant2b ialah portal panduan kerjaya untuk generasi masa kini. Iwant2b membantu merancang kerjaya masa depan anda dengan memberi maklumat dalam pelbagai bidang pekerjaan dan juga pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan. 

Nak tahu minat atau kecenderungan diri anda? “Kuiz Kenali Diri” sedia membantu untuk mengaitkan personaliti anda dengan personaliti sesuatu kerjaya. Pelbagai kursus pengajian mahupun latihan boleh didapati di Iwant2b. Kursus/latihan ini akan membantu anda mendapatkan akses kepada pelbagai kerjaya. 

Apa lagi der ... jom terjah di link di bawah 

iwant2b

Monday 11 March 2013

PM umum 9 berita baik untuk kakitangan awam

nex time der :)

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

Saturday 9 March 2013

Sepagi menebar roti canai

Dah lama tak buat breakfast. Selalu beli jer kat kedai. Terdetik lak kat ahti nak buat roti canai. So gua pun tak mau sembang kencang .... Usha gambar dulu der 



 mula2 kena uli tepung dulu ... so malam sebelum tido, kena la lanyak tepung gandum+garam+susu (pilihan). lanyak sampai tepung tu dah tak lekat ngan dulang. Dah semua sebati, buat la doh kecik2 macam kat atas.

Thursday 7 March 2013

Kursus Asas Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri


Kepada guru2 yang berminat dengan aktiviti outdoor + mengendalikan pelajar bagi aktiviti outdoor ... ini adalah peluang keemasan bagi anda. Pusat Kokurikulum Negeri Perak akan mengadakan kursus asas bg guru2 yang berminat menjadi jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak

Buat makluman anda semua, Pusat Kokurikulum Negeri Perak terletak di Pulau Pangkor dan satu2nya pusat Kokurikulum Negeri di seluruh Malaysia yang berhampiran dengan laut, yeala dah tempatnya pun di pulau ... yang lain tu ada sungai jer (kalu tak silap  der :P)

Ok ... mula2 tengok tarikh dia dulu

Tarikh:::::::>25 Mac 2013 -30 Mac 2013
Tempat:::::>Pusat Kokurikulum Negeri 32300, Pulau Pangkor

Saturday 2 March 2013

Check harga smartphone/tablet di Malaysia



satu website yg sgt interaktif kepada pengunjung dan penuh info
check link di bawah

mobile88

1. Website ini memaparkan harga2 gadjet yang terkini yang boleh disort mengikut BRAND. Di samping itu, spesifikasi bagi setiap gadjet juga dipaparkan secara detail. Ini memudahkan pengguna memilih gadjet kesukaan mereka.