Assalamualaikum dan selamat malam. Agak penat hari ni der. Baru balik dari Institut Jantung Negara(IJN) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Hari ini pun hujan renyai-renyai dari pagi sampailah sekarang. Alhamdulillah.
Hah!! Masuk JIN!!! Jangan salah faham der. Bukan gua yang direfer ke IJN. Sebenarnya dua minggu yang lepas, ayah gua masuk ICU Hospital Slim River sebab serangan jantung. Sebelum ini ada juga la sakit-sakit sikit tapi kali ini yang serius. 5 hari di hospital dan hari ini perlu ke IJN untuk berjumpa dengan pakar kardiologi.
Jika ada yang ingin ke IJN dan tidak mahu rush, boleh stay di hotel-hotel berdekatan dengan IJN. Hotel yang paling hampir ialah Hotel Putra KL. Jika menggunakan GPS PapaGo, boleh search Putra KL Hotel, Kuala Lumpur. Hotel ini terletak di Jalan Tun Razak dan bersebelahan dengan Hospital Puswari dan juga Perpustakaan Negara. Hotel ini terletak betul-betul di hadapan IJN.
Terdapat hanya 2 jenis bilik yang ditawarkan iaitu Standard Superior dan Family Deluxe. Kadar bilik ini berdasarkan kategori kerajaan/swasta. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, bukti seperti surat pengesahan sebagai kakitangan awam perlu dikemukan. Gua bagi surat kursus jew...diterima juga asalkan ada nama dan juga alamat tempat bekerja.
Kakitangan kerajaan
1. Standard Superior RM200.00
2. Family Deluxe RM240.00

.jpg)




