tab welcoming

Tuesday 24 April 2012

Bendera dah mula naik!

petang tadi lepas meeting, terus merempit ke Teluk Intan. cuaca pun dah muram semacam der ... tu yg kalu boley sampai cepat sikit. ada sikit urusan dgn KWSP der hahaha

baru aku perasan, sepanjang jalan ke sana ... kanan kiri bendera dah "mencambah". bukan bendera Malaysia or bendera sekolah der tp bendera parti politik ... pergh ni dah tanda dekat dah PRU13. dah rasa bahang der ... korang terasa tak? haha ... mcm2 colour ada, merah ada, hijau ada, biru tua ada, biru muda ada .... so sesapa nak bukak bisness buluh time2 ni meme berbaloi2, dah semua pakat naik bendera der...

dah settle urusan kt KWSP, pekena Slurpee dulu. wah sempoi jer minum sambil dinaungi awan hitam. odw ... kawbusss hujan lebat+angin kencang. baju hujan pun tak bawak, so redah jer. aku punya fiil ... kalu dah basah sikit, biar basah kuyup hahaha malas aku nak cari port teduh dari hujan. lastly sampai jugak ke umah, syukur selamat.


tak lama jadi camni la
[jangan gaduh2 ... layan der]

Monday 23 April 2012

Pink blog

td setting up Google Connect Friends
jenuh nak setting ... yeala newbie der hahaha
padahal senang la sangat

sambil godak2 camne nk setting
aku pun stalk arr blog orang lain
dan aku terperasan satu jer

awat blogger gurlz mesti ada PINK !!!
kalu hitam cam aku ... apa tak cantik ka ? hahahaha

apepun ... design blog diorang mmg creative
[layan der]

Lalat masuk air minuman

petang tadi tgh cari2 idea nk post blog ... tapi ilham tak sampai2 der. aku pun pusing2 la fb, pastu bc news online dll. meme buntu takde idea der.


alik2 ... kabummm (petir kuat der), abis blackout. dah internet pun tak dapat plus perut pun dah " menagih simpati", aku pun pi kedai mkn. So order nasi+tomyam daging+air jus tembikai (tu semua my fav der). so sambil mkn kat Restoren Padang tu, aku pun layan Super Spontan.


saja nk bgtau, tomyam kt restoran antara yang terbest area Bidor ni. kira gempak la kan .. hehe. pas dah licin nasi+tomyam, apa lagi .... ayor (pedas beb+ badan pun dah naik stim der). baru je nk minum, lalat malang mana ntah dah tersadai kat jus tembikai aku nih.


mula2 ase kecewa der tp teringat tentang lalat ni. sebelah kepak racun, sebelah kepak penawar.so dgn confident, aku pun tenggelamkan lalat dalam jus... pastu buang. syukur, selamat diminum+x bazir der.


Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: 
“Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.” 
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320), Abu Daud (3844), Ibnu Majah (3505)]
Sumber: Blog 

Sunday 22 April 2012

Keluar Duit KWSP

Bagi kakitangan awam, mereka akan diberi pilihan samada memilih KWSP atau skim pencen setelah disahkan jawatan. Semua kakitangan awam diwajibkan mencarum dalam KWSP sebelum dibenarkan memilih skim yang diorang berkenan. So biasanya lepas 3 tahun, baru boleh pilih skim yang berkenan der.


So bagi yang pilih skim pencen, duit yang dicarum sebelum ini boleh dikeluarkan. Camne caranya? Oh senang saja.


1. photostat ic.
    [boleh disahkan di KWSP]


2. photostat buku bank yang duit tu nak dimasukkan.
   [boleh disahkan di KWSP... jgn lupa bwk buku bank der]


3. salinan surat perakuan memilih skim pencen dr SPP.
   [boleh disahkan di KWSP ... jgn lupa bwk surat ori ]


4. isi borang KWSP 9J (AHL). boleh download dr link ci bawah.

Borang 1

5. isi borang Lampiran A. boleh download di link di bawah.
   [mesti disahkan oleh ketua jabatan]

Borang 2


Ok ... dah ada semua tu, boleh la pi mana2 pejabat KWSP yang terdekat dan serahkan. Ingat ! Serah borang sambil tersenyum der. Kalu malas sangat, boleh pos jer kat alamat bawah ni.




KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Karung Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
SELANGOR 
Kalu still confius ... telefon jer der.

03 – 8922 6000 

Saturday 21 April 2012

Semakan Gaji Guru April 2012 @ e-penyata gaji

Mestey ramai cikgu cikgi tertunggu brp gaji yang bakal diterima pada 25 April ni kan. Yeala sejak sabar menunggu SBPA diumumkan ... then ada isu sampai dibatalkan ... kmdn diperkenal balik skim SSM yang ditambah baik... perghh hari2 berdebar kan haha.

Ok
Skrg cikgu cikgi boley check brp gaji pokok baru + gaji bersih tu bln 4 di website anm seperti di bawah :

e-penyata gaji 


Cuma sekadar makluman
Yang tu just slip gaji jer ... duitnya belum masuk lagi
Lagi satu, skrg ni sistem kat atas diakses ramai org ... so lambat sikit la berbanding hari2 biasa
Apepun layan der

Mostly mesti duk pk nk shopping apa kan?
[Pepun berhemat der]

First Time Bawak Kete

Semalam ada kelas belajar memandu kete ngan Uncle X (aku dah lupa namanya). First time der ! So habis je keje dlm pkl 2pm terus surf internet. Ala ... dah bosan kan. klas pun start jam 4pm-5pm. Berdebar2 gak aku ... iskh3. So dlm 3.45pm aku pun prepare then terus memecut LC 135 ke kedai keta tu (5 minit je pun)

Bila sampai, uncle tu belum ada lagi, so wait la dlm kedai tu sambil sembang2 ngan anak uncle tu ( errr bukan ah moi tau). So dlm 15 minit uncle sampai. Alik2 ada sorang akak terus meluru dan masuk kete uncle tu. Adeh !!! sah dah silap waktu nih. Then uncle tu ckp pkl 5 pm-6pm. Berasap gak aku dibuat, mlm semalam kata start pkl 4pm. Arghh !!!So malas nk layan anak uncle yg bkn ah moi tu, aku pun balik umah. Dalam hati tu, dah malas nk blaja kete terus, siap igt nak amek driving skol lain untuk blaja kete.

So dalam pkl 5pm dtg la jugak (hati dah cool der). Uncle tu pun kata silap waktu ni. So lastly decide next time and forever start pukul 5pm. So pendek citer, dah sampai jalan Kg Poh. Aku pun duduk kat sit pemandu. Adeh !!! rasa teruja der. So aku pun bawak la kete kancil yang tak seberapa baru tu he3. Emm bawak slow je la kan dalam 40km/h. Uncle tu asyik komen "tangan jgn keras""tekan clutch habis, minyak jgn tekan". Yearla, first time bawak, takkan la terus cam impak maksima kot kan. Tapi memang aku ase, cara aku bawak tu mcm robot. Nak pusing stering pun payah hahahahaha. Yg penting, tak masuk longkang+tak langgar lari :P
So next driving, Monday. siap kena bawak kat jalan besar. Layan der

kete idaman kalbu ... mgkin tinggal idaman jer kot
[layan der]

Newbie

First time post blog ...
(sblm ni semua unofficial kot )
Tak tau apa nk tulis...


Apa pun 
[layan der ...]