tab welcoming

Thursday 31 May 2012

ada orang nak datang umah ... kemas der !!!

ringkas dan padat

ada org nak mai umah petang ni

so

tak sempat nak tulis panjang2

umah dah mcm kena tsunami

gua kemas umah dulu der

bhai 

Taman Tema Angry Bird Yang Pertama Di Dunia

Angry bird meme telah cipta fenomena
dari budak kecik
sampai org dewasa
smua duk pakat layan game Angry Bird
kalu warga emas tu ... aku tak pernah siasat 
s/a diorang main ke tak der :P

oleh kerana auranya yang hebat
sebuah Taman Angry Bird telah dibuka secara rasmi 
di Sarkanniemi Amusement Park di Tampere, Finland
kiranya taman ini adalah yang pertama di dunia 
(berlesen dgn Rovio Entertaiment, pembangun game Angry Bird)

kalu ikut (secara tak rasmi)
sebuah taman angry bird yang tidak berlesen
telah pun dibuka di negara China
adeh !!!
China ni meme advance der 
segala bagai China meme advance

so gua pun tak mau ckp byk
lai lai ... kita layan picture der 



Wednesday 30 May 2012

New James Bond 007 Movie : Skyfall (2012)

kepada die hard fans filem James Bond
filem terbaru agent 007 ni bakal dikeluarkan
tapi bukan sekarang der
bulan November 2012 nanti 


filem ini merupakan yang ke 23 
keluaran syarikat Eon production
sepanjang 22 siri filem James Bond sebelum ini
keuntungan yang diperolehi 
adalah sbyk US5 billion
ini adalah keuntungan kedua tertinggi
dari filem yang bersiri
diatasi oleh siri filem Harry Potter


filem ini akan memaparkan 
kemunculan kali ke 3
Daniel Craig
sebagai agent 007



5 rumah "camouflage" yang unik di dunia

biasanya camouflage atau penyamaran 
dibuat oleh haiwan supaya tidak dikesan pemangsa
haiwan tersebut akan menukarkan warna fizikal sepadan
dengan warna persekitaran

manusia juga turut melakukan camouflage der
contoh kalu korang tgk citer action
yang libatkan sniper
slalu dalam hutan
kat salji pun ada
baju yang dipakai akan sama dengan keadaan sekitar
muka juga akan diwarnakan

tapi
ada ke rumah camouflage ??
mai kita tengok antara yang ada di bawah ni


1. Wood HouseHilversum, Netherlands

Rumah ini menggunakan potongan kayu api kecil (log kayu) yang biasanya digunakan semasa musim sejuk untuk dibakar. Struktur asas adalah dari besi dan plastik. Rumah ini adalah tempat terbaek mencari ilham bagi pemuzik Hans Liberg.


Tuesday 29 May 2012

10 kampung dan bandar yang unik di dunia

1. Buford di Wyoming, Colorado US


Daerah tanah tinggi ini mengalami suhu rendah yang ekstrem terutama ketika musim dingin. Desa ini telah ditinggalkan oleh seluruh penghuninya yang memilih untuk tinggal di tempat lain untuk mencari penghidupan yang lebih baik kerana merasa wilayah ini tidak akan dapat berkembang. Namun tidak demikian dengan Sammons yang  tetap tinggal di sana walaupun seorang diri.
2. Kampung Giethoorn di Holland
Tidak ada satu jalanraya pun di sini. Yang ada hanyalah laluan air dan laluan untuk berbasikal. Manakala pelawat-pelawat ke sini pula digalakkan menyewa bot eletrik senyap yang digelar ‘Whisper Boat’. 


teori Sir Isaac Newton selama 350 tahun terungkai


cuba tgk mamat kat atas ni
ensem tak??? 
takde la ensem sgt
gua ase ensem TT nih lagi lalalala
senyuman dia boleh tahan la kan

so mari kita kenal sapo mamat ni
nama dia Shouryya Ray
asal dari Kolkota , India
cuba teka umo dia der
haha semua silap (aku agak arrr)
umo dia pada tahun 2012 ini ialah 16 tahun jer
kira2 tengah study form 4 la

apa yang istimewa sangat dia nih
dia ni takde la best sangat pun haha

sebelum gua dan korang lahir kat dunia ni
iaitu kira2 350 tahun dulu
tokoh maths/physics
Sir Isaac Newton telah membuat teka teki 
yg tidak dapat dirungkai oleh ahli2 matematik

tapi mamat ni mcm mana ntah
dia ni berjaya 
selesaikan dua teka teki tersebut
teka teki tu berkaitan teori dinamik zarah asas
sebelum ni teori itu hanya dapat dihitung dengan superkomputer
hebat der

kalu nak meet in person dgn mamat ni
sila book tiket untuk ke Jerman
sbb dia ngah study 
kat University Dresden, Jerman
eh ... igtkan baru form 4 :P

agak2 ...mcm ni la otak dia kalu di"scan" :D


Sumber:Sinar


Tutorial blog : Top commentator dengan avatar

lepas Isyak tadi
saja manja2 ngan pakcik Google jap
nak cari gadjet untuk pengkomen tegar 
hehe

sebelum ini dah ada
amek dari AmerCorner 

Tutorial : Letak Senarai pengomen terbanyak. Top commenter


gua memang byk blaja dari en amer
al maklum der
newbie dalam blog ni
kadang2 segan nak invite blogger lain follow gua
blog tak cantik
dan takde pink macam diorang wakakaka

so saje je cari
mana tau ada cara/bentuk lain
bagi list
top pengkomen bagi blog
cari punya cari ... jumpa yang cam bawah ni



Monday 28 May 2012

Service moto cabuk gua jap

hari isnin
selalu pagi2 dah kelam kabut rush nak pi keja
hari ni ... tenang, rileks, sempoi


dah nak tengah hari
igt nak service moto jap
moto cabuk gua tu 
setiap 2000km gua servis minyak itam
setiap 4000km gua servis minyak itam + filter


mula2 beli
rajin la servis filter sekali ngan minyak itam
minyak itam pun guna yg mahal Motul 5000 
kalu tak silap der
sekarang ni guna Yamalube 
save budjet der


moto cabuk gua yg putih tu :)


Sunday 27 May 2012

LIVE Thomas Cup Final 2012 : China vs Korea (Result)

Yang takde TV kat umah
Mai ramai2 kita tgk streaming
Final Thomas Cup
China vs Korea
Link kat bawah ni 

LIVE : TV 1  <-- CLICK THE PLAYER and TRY TO REFRESH IF CANNOT SEE THE VIDEO

Latest Result:
China (3) - Korea (0)


1st game
Lin Dan vs  Lee Hyun II   
21 – 14   21 – 17 ]


2nd game
 Cai Yun/Fu Haifeng vs L Yong Dae/K Sa Rang
[ 21 – 16    25 - 23]



3rd game
Chen Long vs Shon Wan Ho
[ 21 - 9      21 - 13    ]


CHINA WON THE 2012 THOMAS CUP BY BEATING KOREA 3-0. THIS IS THEIR FIFTH CONSECUTIVE WINS STARTING 2004

People Are AWESOME


bape lama agaknya diorang practice 
macam2 aksi ada der
emm aku nak buat aksi awesome ape yeak -.-"

MUST READ: Punca lelaki bertambah "sihat"

ok
perlu diketahui
masalah gemuk adalah trigger atau button khas
yang bakal menyumbang kepada sakit2 yang lain
jantung, paru2, kolestrol,hati, kencing manis,kanser, kesuburan etc

gemuk ni akibat lemak pakat ramai2 kumpul
kat certain area kat tubuh
untuk membakar lemak2 ini
tubuh memerlukan hormon sebagai bahan api
di sebalik itu 
ada juga hormon yang menyumbang kepada pemgumpulan lemak
iaitu 
estrogen

semua org 
s/a lelaki atau pempuan ada estrogen
estrogen merupakan hormon yg banyk dihasilkan oleh lemak
hormon ini bersifat kumpul lemak der
so tugas dia cam "ajak" lemak2 lain berkumpul

dah kalu semua "lemak2" tu pakat buat "organisasi"
tu yang nampak chomel jer perut terutama lelaki (buncit der)
selalu kalu korang perasan
dulu waktu bujang lelaki ada six pack, sasa ja
dah kain dah compile jadi one pack ja (buncit der)
wakaka

so kalu nak bakar lemak2 tu
tak cukup senaman + diet jer
kena amek hormon antiestrogen + suplemen tambahan
nak info lagi
check sumber der
adios babe

macam chomel der :P

Sumber: Gemuk

X-Men pun nak jadi gay ?

pengeluar komik terkemuka Marvel
yang mengeluarkan komik X-Men
akan mengadakan perkahwinan sesama superhero lelaki 
dalam keluaran komik mereka pada bulan Jun 
perkahwinan gay ini adalah yg pertama
dalam dunia superhero <---geli der




Jean Paul Beaubier (Northstar) akan melamar
kekasih lamanya Kyle Jinadu
dalam keluaran ke #50 "Astonishing X-Men" 
yang akan dijual pada 23 Mei 2012


dalam keluaran yang berikut pula
#51 "Astonishing X- Men
yang akan dikeluarkan pada 20 Jun
pasangan tersebut akan kahwin der

nampak sangat org Barat nak kita terikut2
ngan budaya sonsang mereka
kalu budak2 baca
akan terbina skemata bahawa gay is ok
mampuih generasi akan datang rosak akhlak


gay undang bala Allah
macam kaum Nabi Luth
kalu bala turun, semua lamsam kena
moga kita dilindungi 


Sumber: TMI

Politik sampah !!!

ada orang kata politics sucks
ada yang tak amek port langsung pun ada

yeala
masing-masing ada pendapat der

sekarang ni tengah panas 
isu ceramah di Lembah Pantai 
yang diakhiri dengan kecederaan penyokong parti politik

helo kawan
kat negara luar pun ada ceramah politik jugak
tapi takde la menjerit2, terpekik2 macam monkey

ini negara demokratik
tak salah korang nak sokong mana pun
itu hak masing-masing

datang nak dengar ceramah kan ???
duduk la diam2 
dan amek port apa yang penceramah cakap
adeh !!!
budak kecik pun takde perangai camni

yang kelua permit ceramah pun sengal
awat la benarkan 
2 ceramah
2 parti yang tak sebulu
sebelah menyebelah
benda simple camni pun tak boleh fikir 

pelik la aku dengan sesetengah warganegara Malaysia
OTAK LETAK KAT LUTUT der


tolong jangan malukan diri sendiri


Nongkrong 2012

mata aku stim semacam jer
dah 2.10 am
tido time tapi tadi dah lelap kejap

emm 
apa nak buat der
yay!!!
got an idea
layan movie dulu
baru donload 
Nongkrong 

mula2 dengar tu macam ala2 Thai
upe2nya filem Malaysia 
terkena aku der
ok nak pi extract lu
dah tgk nanti aku review movie lak :P

emm 
sapo2 nak tgk 
boley donload dari link bawah

Team Aryzs


REVIEW: tak sepadan dengan Hantu Kak Limah 





Saturday 26 May 2012

Tutorial : Install GPS Papago X5 ... 100% free

bagi pengguna smartphone android
macam2 gadjet boley masuk dlm phone

so aku nk share satu gadjet yang best
iaitu GPS (Global Positioning System) 
nama GPS ni Papago X5
(kunun sedap la nama tu :P)
actually dah lama kelua X5 ni
tapi aku baru guna, so x salah nak share der wakaka

the latest Papago M9 dah kelua, ada masa aku buat entry 

STEP 1
so mula2 sekali
pi kat website kat bawah
Papago X5



STEP 2
then click button yang cam kat bawah ni 



Thomas Cup Final : China vs Korea

emmm 
macam rasa frust pun ada


mana taknye
Malaysia tak layak ke final Thomas Cup
semi final pun tak lepas
adeh!!! epic fail la team badminton skrg ni


Chong Wei pun dah berusia
takkan nak harap dia sorang je
lama2 prestasi down der
barisan pelapis pun cam tak perform ja


tapi kalu ikut badminton remaja dunia
Malaysia antara yang terbaik la
pelik aku bila sampai international
tenggelam der


apepun
final thomas cup 2012 
china vs korea
aku yakin 90% china bt korea wakaka



Mai ramai2 kita check arah kiblat Ahad ni



kadang2 kat umah atau hostel
bila nak solat
kita mai agak2 lebih kurang jer kiblatnya

so besok 
26 Mei 2012 (Ahad)
tepat jam 5.18 PM
kita boleh semak kedudukan arah kiblat dengan gunakan teknik bayang matahari
kalu mendung ... tak dapat den nak nolong der

fenomena " istiwa' matahari " 
iaitu kedudukan matahari yang sebabkan bayang semua objek menjadi tegak 90 darjah di seluruh dunia
hanya berlaku 2 kali setahun
pada ketika ini
matahari berada tepat di langit bersamaan dengan latitud Kaabah

so apa lagi
set alarm or pesan kat membe suruh igtkan
bukan selalu dapat peluang ni
jangan lupa der 


besok kan cuti, jangan lepas peluang der


Sumber: Utusan

Friday 25 May 2012

Air bag di luar kereta ... ada meh ?

kereta dah jadi satu keperluan masa kini
yeala
nak pi mana2 senang sikit
boley bawak ramai penumpang der
kalu hujan pun ada bumbung


tu la pasal
aweks sekarang ni 
kalu takde kete
diorang pandang sebelah mata der wakaka


emm 
biasakan dengar pasai air bag?
salah satu safety features dalam kete
especially untuk driver ngan occupant sebelah
mai layan video kat bawah ni dulu




kalu orang tgk
memang minima impact dari collision 
meme terbaek der
tapi kalu bawak 180km/j
lu pk la sendiri


pengeluar kete terkemuka Sweden , Volvo
telah mengeluarkan model Volvo v40
tambah menarik tentang Volvo v40 ni
satu2nya kete didunia 
yang bakal dilengkapi dengan "pedestrian air bag"
atau mudah faham
air bag untuk pejalan kaki 


air bag ini terletak di bawah hood kete
bila terlanggar pejalan kaki
ada 7 sensor yang dapat mengesan 
jika kete telah melanggar kaki pejalan kaki


dalam masa 1/100 saat
air bag akan meliputi windscreen kete (3/4 daripadanya)
so pejalan kaki yang kene dogol tu ada "cusion" mnyambut mereka :P
ape pun , layan video kat bawah ni



harap2, pengeluar kete negara kita pun dapat mencipta kete yang max safety feature 


Sumber: TMI

Jantung tiruan terkecil di dunia





sikit info :

Jantung tiruan ini dibuat daripada titanium. Jantung ini telah direka oleh
 Robert Jarvik, seorang doktor dari Amerika. Doktor dari Itali telah berjaya menggunakan jantung tiruan ini pada bayi yang berumur 16 bulan sementara menunggu jantung dari penderma organ. Berat jantung ini hanya 11 gram dan mampu mengawal pengaliran darah sebanyak 1.5 liter seminit.


Sumber:TMI

Thursday 24 May 2012

Smartphone boleh jejas kesihatan ... Adeh!!!

rata2 hari ni semua dah canggih
dan teknologi pun berkembang dengan pesat

kalu waktu aku sek men (2001)
dah ada Nokia 3310 pun dah glamou habis der

tapi sekarang ni ... mana nak pakai telefon biasa
semua pakai smartphone der
yeala, lebih interaktif dan banyak application boley install
terutama Angry Bird =.='

tapi AWAS!!!
satu laporan drp Dr Alton Barron, seorang doktor dalam bidang ortopedik menyatakan bahawa "kegilaan" menggunakan masa kepada gadjet teknologi seperti smartphone boleh  menjejaskan tengkuk dan belakang badan 

beliau menerangkan bahawa
otot2 di bahagian tengkuk dan sebelah atas belakang badan sehingga ke bahu dibebankan etikan menggunakan aplikasi seperti smartphone.
tambah memburukkan, masa yang lama digunakan bagi tujuan tersebut.
yeala
duk asyik khayal layan screen tu

beberapa tahun yg lepas
satu kajian yang dijalankan terhadap pelajar2 kolej
menunjukkan kesakitan tengkuk dan bahagian bahu disebabkan oleh
"kegilaan" pelajar menggunakan telefon

walau apapun
jgn lak korang pi buang smartphone tu
just spend less waktu dgn benda alah tu
dan pastikan smartphone tu dipegang atas sikit supaya spine korang dalam keadaan yang sesuai


ada ka yang jadi camni ... adeh addicted der

Sumber: MSN



Malaysia kempunan lagi Piala Thomas



SHAH ALAM - Pasukan badminton negara gagal layak ke separuh akhir Piala Thomas selepas tunduk di tangan China 3-0. Pada pusingan suku akhir pada jam 7 malam tadi di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan, Malaysia tewas pada tiga perlawanan berturut-turut.

Pada perlawanan perseorangan pertama menyaksikan Daren Liew melakukan kejutan terhadap Lin Dan apabila menang set pertama 17-21.

Selepas itu, Lin Dan kembali bangkit menewaskan Daren di set kedua 21-9 dan menang di set penentuan dengan catatan 21-5.

Pasangan beregu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tewas kedua-dua set kepada Cai Yun dan Fu Haifeng dengan kiraan 21-17 dan 21-18 sekalipun mereka memberi saingan sengit kepada beregu China itu di set kedua.

Pada perlawanan terakhir, perseorangan kedua negara, Muhammad Hafiz Hashim dilihat dapat menyalakan impian negara tetapi musnah apabila tunduk kepada Chen Long. Chen Long menang kedua-dua set dengan catatan 21-10 dan 21-11.

Baki dua perlawanan seterusnya tidak dapat memberi apa-apa makna kepada keputusan Malaysia. Perlawanan beregu kedua membabitkan Lim Khim Wah dan Goh V Shem menentang Shen Ye dan Hong Wei dari China.

Perlawanan perseorangan terakhir, Chong Wei Feng menentang Chen Jin. Kelmarin, Chong Wei terpaksa menarik diri dari meneruskan persaingan ketika menentang Denmark, Peter Hoeg Gade dalam pusingan Kumpulan C.

Chong Wei mungkin akan dihantar ke luar negara untuk menjalani rawatan sekiranya tiada alternatif lain.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, ia merupakan jalan terbaik buat pemain harapan negara itu menghadapi Olimpik London untuk merawat kecederaan di bahagian buku lali kanan.

Kali terakhir skuad negara memenangi Piala Thomas ialah pada 1992 di Stadium Negara selepas menumpaskan Indonesia 3-2 pada perlawanan akhir.






Sumber: Sinar harian

Cabutan bertuah BMW dan Lamborghini ... just join FB

Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah. 
Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.  
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang. 
Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000. 
Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.




wow
memang gempak der
sapo2 mau boleh join 
tak payah modal


jom ramai2 kita join fb 
mana tau ada peluang untuk menang


p/s: lawak pun ada diorang nih wakaka




mmg stylo der 



Sumber: Malaysiakini

kolam renang outdoor terbesar kat dunia


kolam renang ni meme besar hiler der
panjang 1 km
terletak di San Alfonso del Mar Resort in Chile
5 tahun diperlukan bagi membina kolam ni der
kolam yg bersaiz sama dgn 20 kolam renang Olimpik
boleh memuatkan 66 juta gallon air
ada rezeki
boleh pi try swim kat kolam ni
jgn sesak nafas tengah berenang sudah ... wakaka


aku tak gheti berenang der :P :P :P

kalu nak layan gambar
boleh check kat bawah ni
Yahoo

Sumber 



Pengguna FB paling aktif di dunia ialah ... ???

fb ni dah jadi macam "membe"
hampir kebanyakkan org muda ada fb
kalu budak2 skol tu, siap layan FB ramai2
yg laki tu apa lagi ... cari aweks chomel u add hahaha

kalu dah masuk univ
dah mcm private sikit
yeala, nak mesg2 bf/gf 
guna Fb free der

eemm korang ada fikir tak
negara mana paling ramai rakyat guna FB ???

jwpn : AMERIKA la der, kan negara pengasas FB

hahaha
korang silap 
aku pun silap 
ok, jom check kat bawah ni der


    1. Brazil - 38,138,000 (76.7%)
    2. Italy - 21,270,000 (70.5%)
    3. Spain - 15,628,000 (67.0%)
    4. France - 28,335,000 (66.9%)
    5. United Kingdom - 25,737,000 (63.9%)
    6. Germany - 24,508,000 (54.6%)
    7. Japan - 14,877,000 (24.4%)
    8. Switzerland - 1,985,000 (50.3%)
    9. New Zealand - 2,672,000 (79.8%)
    10. Taiwan - 11,068,000 (77.9%)
    11. United States - 152,763,000 (69.6%)
    12. Australia - 11,010,000 (68.4%)




mula2 layan fb memang rancak, dah lama2 ... bosan der 





Wednesday 23 May 2012

Debat Rafizi dan KJ tentang PTPTN

tahniah kepada kedua2 pendebat
moga budaya debat ini dapat disuburkan
bagi mencorak masa depan Malaysia yang lebih baik dari segi perkembangan idea dan percambahan ilmu.


sekali sekala layan debat ... jgn layan anime je der :D

Tuesday 22 May 2012

baru beli dh lembap ... FORMAT!!!

laptop baru beli
tapi asyik lag der
bosan sungguh 


emm aku igt mau format 
guna XP lak
skrg ni guna Win 7


dah pukul 1.45am ni
mata pun dah layu
mulut dah menguap cam singa


tapi nak buat camne der
kena donload ISO xp dulu
bosan teramat


dah tu netbook ni takde CD Drive
emmm takkan nak beli
so boley guna USB gak
try and error

UPDATED: last2 guna reinstall Win7 gak ... dah byk kali try XP tp tak leh ... :P


ngantuk der 

Friday 18 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

alamak
dah 2 hari berlalu hari guru
takpe la der
just nak ucap Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di Malaya ni
dan juga kepada bakal guru




especially cikgu yang ajar aku dr kecik sampai SPM
yang aku masih igt




sek ren 
ckg Tan (hari2 tibai murid dgn "roti panjang")
ckg Efendi (pernah kena ketuk rekoder sbb bising dlm kelas)
ckg kalthum hanom, ckg Ali, ckg Hasmah, Ustzh Halimatul (tu jer yg igt nama -_-')




sek men
Miss Lin, Ustz Najib, .... alamak ramai nama ckg aku dah lupa der -_-'
adeh ... epic fail betul la
apapun
semoga Allah membalas kalian dengan sebaik2 balasan




rindu der ngan ckg2 aku ni ... bila la ada free time mau jumpa. asyik sibuk sana sini der

Wednesday 16 May 2012

Anak kampung Parody

LAGU PERTAMA
Lagu jejaka miskin kat awek dia




LAGU KEDUA
Awek dia balas lagu kat jejaka miskin pulak




LAGU KETIGA
Tiba2 jejaka kaya mana ntah pi sindir jejaka miskin lak






ada macam2 versi yang lain
apa ???
lu cari sendiri la der


Credit : Gempak.org





Android

sekarang ni mana2 pun , semua sebut pasal android
aku mula2 dengar tu, buat no hal jer
iyelah bukan ada tersua dalam liku kehidupan aku pun
maklumlah guna telefon biasa der


baru2 ini ada beli handset Samsung Young 
p/s: sapo pakai hp ni akan rasa macam muda seperti umo 18 wakaka :P
hah! tiba2 jumpa Android market kat interface dia


aku pun pakat pi tanya pakcik Google
apo dia android ni?

rupa2nya Android ni salah satu operating system(OS) yang diguna utk smartphone
takde OS camne phone nak function
yeala takde sistem untuk proses input/maklumat
ada banyak lagi OS untuk smartphone der
seperti iOS(phone apple), Symbian, Bada dan lain2


Ok
android pulak ada macam2 version. 
check kat bawah ni der






yang aku beli dengan version Gingerbread 2.3.6 (kira the latest jugak la)
paling latest ice cream sandwich (apa takde nama lain ker)
eh bro, camne nak check version Android ?


senang der
pi kat menu smartphone 
pilih setting
pilih about phone
HAH! kan dah jumpa :)




comel logo Android ni ... layan der