tab welcoming

Sunday 8 December 2013

Penapis Air Terbaik Di Pasaran - Bio Pure K Series ELKEN

Semakin ramai penduduk di Malaysia terutama di kawasan bandar mempunyai kesedaran untuk mendapatkan sumber air yang bersih. Kebanyakan daripada mereka memasang penapis air di rumah bagi mencapai matlamat tersebut. Kadang-kala, memilih penapis air juga merungsingkan kerana pelbagai jenama penapis air berada di pasaran dan setiap satu mamaparkan pelbagai kelebihan produk berbanding produk yang lain.

Sebenarnya saya juga mempunyai masalah yang sama. Memang lama mencari penapis air dan sudah tentu saya mengharapkan penapis air yang dibeli berkualiti, selamat dan tahan lama. Akhirnya saya diperkenalkan dengan penapis air Bio Pure K Series dari ELKEN. Di sini, saya akan berkongsi mengapa Bio Pure penapis air terbaik di pasaran.



1. PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA DAN DALAM NEGARA


Wednesday 4 December 2013

Klinik Memanah 2013 @ ARK Kajang



Tarikh : 8,9 dan 10 Disember 2013
Hari    : Ahad-Selasa
Masa  : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Kompleks Padang Sasar, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang)
Yuran  : RM150

Kepada sesiapa yang berminat untuk memanah atau pertama kali untuk berkenalan dengan sukan memanah, peluang keemasan telah tiba. Program Klinik Memanah Siri 1 (PKM- Asas) yang dikendalikan oleh Kelab Memanah Kajang (ARK) akan dijalankan seperti butir di atas.

Yuran penyertaan RM150.00 adalah termasuk sarapan, makan tengahhari dan minum petang. Sijil penyertaan juga akan diberikan kepada peserta program. Apa lagi der...jom kita pakat ramai-ramai untuk sertai. 

Untuk maklumat lanjut/pertanyaan, sila hubungi di bawah:
1. Mohd Idham 019 3553245
2. Jumali 016 6820623

Email   : archery.kajang@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/ArcheryKajang

Monday 2 December 2013

Hotel terdekat dengan IJN @ Hotel Putra - Review dan Kadar Penginapan

Assalamualaikum dan selamat malam. Agak penat hari ni der. Baru balik dari Institut Jantung Negara(IJN) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Hari ini pun hujan renyai-renyai dari pagi sampailah sekarang. Alhamdulillah.


Hah!! Masuk JIN!!! Jangan salah faham der. Bukan gua yang direfer ke IJN. Sebenarnya dua minggu yang lepas, ayah gua masuk ICU Hospital Slim River sebab serangan jantung. Sebelum ini ada juga la sakit-sakit sikit tapi kali ini yang serius. 5 hari di hospital dan hari ini perlu ke IJN untuk berjumpa dengan pakar kardiologi.

Jika ada yang ingin ke IJN dan tidak mahu rush, boleh stay di hotel-hotel berdekatan dengan IJN. Hotel yang paling hampir ialah Hotel Putra KL. Jika menggunakan GPS PapaGo, boleh search Putra KL Hotel, Kuala Lumpur. Hotel ini terletak di Jalan Tun Razak dan bersebelahan dengan Hospital Puswari dan juga Perpustakaan Negara. Hotel ini terletak betul-betul di hadapan IJN.

Terdapat hanya 2 jenis bilik yang ditawarkan iaitu Standard Superior dan Family Deluxe. Kadar bilik ini berdasarkan kategori kerajaan/swasta. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, bukti seperti surat pengesahan sebagai kakitangan awam perlu dikemukan. Gua bagi surat kursus jew...diterima juga asalkan ada nama dan juga alamat tempat bekerja.

Kakitangan kerajaan
1. Standard Superior  RM200.00
2. Family Deluxe          RM240.00