tab welcoming

Monday 22 October 2012

Zulfahmi Khairuddin ... Tahniah der!

Hari Isnin yang sejuk der ... kalu kat umah ni, confirm dah hibernasi di bawah selimut. 



Ok ... korang kenal tak ngan mamat ensem kat atas nih. Atau mungkin gua patut tanya, korang pernah dengar ke nama tu??? Apo!!! tak pernah. Sebenarnya gua pun baru maklum nama tu hehe.

Nama mamat kat atas tu Zulfahmi Khairuddin. Beliau ialah pelumba dari negara kita yang mewakili pasukan AirAsia-SIC-Ajo. Beliau berlumba dalam kategori Moto3 dalam kejohanan Road Racing World Championship Grand Prix. 

Cuti Umum 2013 bagi Persekutuan dan Negeri

Sebelum ni gua dah post takwim persekolahan bagi tahun 2013. Malas mau sembang panjang, jom layan cuti umum bagi persekutuan dan negeri2 bagi tahun 2013.

Cuti Persekutuan 2013



Saturday 20 October 2012

Cuti Sekolah 2013 KPM

Wah ... cepat betul masa berlalu. Rasanya kebanyakkan sekolah sedang sibuk dengan peperiksaan akhir tahun 2012. So lepas cuti ni, dah kena sambung pulak untuk sesi 2013 kan. 

Ok bagi student2 terutama yang nak exam next year, mesti sedang merancang jadual atau aktiviti bagi tahun depan. Bagi ibu bapa pula, mesti nak rancang bila nak pi picnic ngan anak2. Bagi guru2 pulak, nak rancang lesson untuk tahun 2013.

Layan der takwim sekolah 2013 yang dikeluarkan oleh KPM

KUMPULAN A
Sekolah2 di Kedah, Kelantan dan Terengganu


Friday 19 October 2012

Yes 4G - Pakej yang ditawarkan

Kalu sebelum ini, Maxis Celcom dan Digi menjadi peneraju dalam internet tanpa wayar (broadband), kini semakin banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan broadband di Malaysia.

Salah satu nama yang semakin meningkat ialah Yes 4G yang dikendalikan oleh syarikat YTL. Rangkaian Yes 4G boleh mencapai kelajuan sehingga 20Mbps der!! Ini berita gembira bagi pendownload tegar hehe. Walaubagaimanapun, gua rasa kawasan yang dicover oleh Yes 4G masih limited tetapi akan semakin berkembang pada masa akan datang.


Thursday 18 October 2012

Gempar! Wanita Teleportation di China

Memang gempak der! Baru2 ni ada video yang menunjukkan satu kejadian aneh/supernatural berlaku di China.

Rakaman video yang diambil dari CCTV sebatang jalan raya menunjukkan sebuah penunggang basikal telah diselamatkan oleh seorang wanita "teleportation" daripada dilanggar oleh sebuah lori.



short video

Wednesday 17 October 2012

Apple bakal mengeluarkan iPad lebih kecil dan murah?


Syarikat gergaji Apple telah mengudang rakan2 media bagi suatu majlis yang bakal diadakan minggu depan. Penganalisis menjangkakan bahawa Apple bakal mengeluarkan tablet yang lebih kecil dan murah. 


iPad ini dijangka memberi saingan kepada syarikat Amazon. com dan Google yang masing-masing telah mengeluarkan tablet. Amazon.com telah mengeluarkan tablet Kindle Fire HD manakala Google telah mengeluarkan tablet Nexus 7.

Tuesday 16 October 2012

Penerjun bebas cipta rekod dunia 1,342km/j ... melebihi kelajuan bunyi !!!


14 Oktober yang lepas, satu rekod dunia telah tercipta apabila Felix Baumgartner melakukan terjunan dari ketinggian 38.6 km. Penerjun dari Austria ini melakukan terjunan yang boleh membawa maut ini dengan kelajuan mencapai 1 342km/h !!!


Kelajuan terjunan ini mengatasi kelajuan super sonik iaitu 1 235km/j. Tambah menarik, kelajuan tersebut dicapai tanpa menaiki sebarang  pesawat atau alat sebaliknya dilakukan secara terjun bebas.

Terjunan yang dilakukan dari sebuah belon helium itu turut mencipta rekod sebagai terjunan payung terjun paling tinggi di dunia. Felix telah selamat mendarat di kawasan pergununngan New Mexico setelah melakukan terjunan tersebut.