tab welcoming

Wednesday 14 November 2012

Ayam Organik HPA vs Ayam Biasa



Mungkin ramai yang belum tahu lagi apa itu ayam organik? Ayam organik ialah ayam yang diternak tanpa menggunakan sebarang vaksin untuk tumbesaran atau mengelakkan penyakit.

Salah satu syarikat yang mengeluarkan ayam organik ialah HPA. Sejak gua dah tahu HPA keluarkan ayam organik, gua tak beli lagi ayam kat pasar tu. Tapi bila dah takde stok, nak buat camne kan?

ok jom tengok beza ayam organik HPA dan ayam biasa.

1. Tidak terdapat lemak di bawah kulit.
2. Tidak hanyir
3. Makanan dari herba ubatan
4. Daging lebih manis
5. Daging lebil kenyal
6. Pembesaran secara natural (40 hari). Tidak guna hormon tumbesaran.
7. Tidak menggunakan ubatan kimia
8. Penyembelihan dikawal panel syariah
9. Penyimpanan di dalam stor yang khusus dan tidak bercampur
10. Lambat rosak


Komputer terpantas di dunia : Titan Cray XK47


Super komputer ini yang dinamakan Titan mencecah harga 100 juta dollar. Dengan kelajuan 17.59 petaplos per saat (1 000 000 000 000 000 bacaan per saat), ini merupakan komputer terpantas di dunia.

Jom layan top 5 super komputer di dunia:


  1. 1.Titan Cray XK47 at Oak Ridge National Laboratory (17.59 petaflops/s)
  2. 2.Sequoia BlueGene/Q at Lawrence Livermore National Laboratory (16.33 petaflops/s)
  3. 3.Fujitsu's K computer at the RIKEN Advanced Institute for Computational Science in Kobe, Japan (10.51 petaflops/s)
  4. 4.The Mira BlueGene/Q computer at Argonne National Laboratory in Lemont, Ill. (8.16 petaflops/s)
  5. 5.The JUQUEEN BlueGene/Q computer at the Forschungszentrum Juelich in Germany. (4.14 petaflops/s)

Sumber: Yahoo

Tuesday 13 November 2012

WRO 2012 Results Kuala Lumpur



PETALING JAYA: Malaysia mencipta sejarah tersendiri selaku tuan rumah kali kelapan pertandingan World Robot Olympiad (KL WRO 2012) selepas meraih dua pingat emas, dua perak dan lapan gangsa.



Pingat emas negara disumbang pasukan SCB9, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Cina Batu 9 Cheras dan Friendly Builders (SJKC Jalan Davidson) menerusi acara "Robot Organizer" dan terbuka bagi kategori sekolah rendah.


Selain itu, dua pingat perak turut diraih negara menerusi acara yang sama oleh pasukan Col Style (SJKC Sin Min A) dan YC Care dari SJKC Yuk Chai.

Thursday 1 November 2012

Masyarakat Cina semakin terima hudud di Malaysia




Masyarakat Cina kini mula menerima dan memahami pelaksanaan hukum hudud, menurut kaji selidik terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Walaupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilihat bekerja keras menentang pelaksanaan hukum Islam tersebut, kaji selidik kedua berkenaan hudud yang dijalankan antara 1 September hingga 16 Sept 2012 itu menunjukkan peningkatan sekali ganda sokongan masyarakat Cina iaitu kepada 24 peratus, berbanding 12 peratus dalam kaji selidik sebelum ini pada 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu.

Gaji Kakitangan Awam Naik 5% tahun 2013 ?

Wah kalu bab gaji naik mesti semua suka kan ? Semalam dilaporkan bahawa satu kajian akan dijalankan terhadap skim gaji kakitangan awam. Err kakitangan swasta jangan jelous lak. Kajian tersebut dilaksanakan bagi menaikkan gaji kakitangan awam bagi menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Kenaikan gaji tahunan sehingga 5 % mungkin akan dinikmati oleh 1.4 juta kakitangan awam. Oppsss tunggu dulu der ... baru kajian. Belum ada hitam putih der. tunguuuuuu




MELAKA - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depanKetua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.