tab welcoming

Tuesday 31 July 2012

Lagu Tema Merdeka atau Lagu Tema Undi ?

mungkin ramai dah view lagu tema hari kebangsaan tahun ni. lagu tema ialah "Janji Ditepati". Lirik lagu ini ditulis oleh Dato' Rais Yatim, menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan. yang belum tgk lagi ... jom layan der...




mula2 gua pun tak amek port sangat tentang komen2 negatif terhadap lagu tema hari kemerdekaan ke 55. bagi gua, masing2 ada pandangan kan, boleh suka atau boleh kondem.


gua sangka baik la mungkin sikit orang je kot yang tak setuju dengan lagu tersebut.   rupanya2 dah jadi viral terutama kat youtube ... bertubi2 dislike dan komen negatif. mungkin lirik lagu tersebut yang dilihat lebih kepada kempen politik berbanding dengan penghayatan kemerdekaan.


ingat cherita tu habis setakat itu jer ... tak pasal2 logo hari kemerdekaan pun turut menerima kritikan. ada yang kata copy paste dari tahun2 dulu, ada yang kata tak kreatif dan korang grafik. yang latest gua baca, ada pulak yang kaitkan lagu tersebut dengan sebuah lagu dari negara jiran kita.




totally fail der ... whats ur opinion guys/girls ???

Sunday 22 July 2012

Jangan Tertipu Dengan Fadhilat Solat Terawih 1-30

wah ... dah lama gua tak jengok blog ini. ada macam bersawang tak ke dah berdaki sana sini. setakat gua tgk hari ini, bersih dan suci je der hehe. anyway gua nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al- Mubarak kepada semua tak kira dimana jua anda berada (eh ... cam pernah dengar kan? :P :P)


seperti biasa ... bila Ramadhan menjelma, ramai orang berpusu2 ke surau dan masjid bagi menunaikan solah terawih. syukur la camtu kan ... cumanya harap selepas berakhir Ramdhan pun dapat diteruskan amalan yang baik tu.


emmm dulu2 korang perasan tak ... bila datang je bulan Ramadhan, akan ada satu "hadis" yang menerangkan tentang kelebihan solat terawih bagi malam pertama hingga malam ke 30. kadang2 siap dapat risalah lagi. kelebihan bagi setiap malam memang terbaek, kadang2 macam tak percaya pun ada. apa!!! dah lupa? meh jenguk bawah ni jap.


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Tuesday 3 July 2012

Video awek Jepun makan katak hidup2

kadang2 pelik jugak gua
dalam banyak2 makanan yang ada kat dunia ni
ada jugak "citarasa" berbeza makhluk bernama manusia ni


sebuah video
memaparkan seekor katak disiat hidup2
kemudian sebahagian badan dicincang "dadu"


katak itu kemudian dihidangkan 
dan dihiaskan di atas pinggan
yang paling best
katak tu masih hidup !!!!
dan dengan slumbernya
sorang awek makan bahagian dadu tu wek


ntahla
manusia moden sangat kot
tu yang citarasa pun "moden" :P




yang loya ngan katak
dinasihat jangan view video ni
boleh loya seminggu der wakaka





Sumber ; FM

Monday 2 July 2012

Spain juara EURO 2012



spain tetap terbaek!!!
walaupun Itali mencipta kejutan membaham Jerman 
semasa separuh akhir EURO 2012
dan ramai jugak yang meramalkan
Itali bakal sekali lagi mencipta kejutan dalam final  
tetapi Spain membuktikan mereka tetap terbaek bagi tahun 2012 ini

spain bt Itali
dengan jaringan 4 -0
terbaek der
ini merupakan kejayaan ke 3 Spain 
dalam kempen EURO

Jerman mesti meracau dalam tido nih wakaka :P