tab welcoming

Sunday 8 December 2013

Penapis Air Terbaik Di Pasaran - Bio Pure K Series ELKEN

Semakin ramai penduduk di Malaysia terutama di kawasan bandar mempunyai kesedaran untuk mendapatkan sumber air yang bersih. Kebanyakan daripada mereka memasang penapis air di rumah bagi mencapai matlamat tersebut. Kadang-kala, memilih penapis air juga merungsingkan kerana pelbagai jenama penapis air berada di pasaran dan setiap satu mamaparkan pelbagai kelebihan produk berbanding produk yang lain.

Sebenarnya saya juga mempunyai masalah yang sama. Memang lama mencari penapis air dan sudah tentu saya mengharapkan penapis air yang dibeli berkualiti, selamat dan tahan lama. Akhirnya saya diperkenalkan dengan penapis air Bio Pure K Series dari ELKEN. Di sini, saya akan berkongsi mengapa Bio Pure penapis air terbaik di pasaran.



1. PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA DAN DALAM NEGARA


Wednesday 4 December 2013

Klinik Memanah 2013 @ ARK Kajang



Tarikh : 8,9 dan 10 Disember 2013
Hari    : Ahad-Selasa
Masa  : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Kompleks Padang Sasar, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang)
Yuran  : RM150

Kepada sesiapa yang berminat untuk memanah atau pertama kali untuk berkenalan dengan sukan memanah, peluang keemasan telah tiba. Program Klinik Memanah Siri 1 (PKM- Asas) yang dikendalikan oleh Kelab Memanah Kajang (ARK) akan dijalankan seperti butir di atas.

Yuran penyertaan RM150.00 adalah termasuk sarapan, makan tengahhari dan minum petang. Sijil penyertaan juga akan diberikan kepada peserta program. Apa lagi der...jom kita pakat ramai-ramai untuk sertai. 

Untuk maklumat lanjut/pertanyaan, sila hubungi di bawah:
1. Mohd Idham 019 3553245
2. Jumali 016 6820623

Email   : archery.kajang@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/ArcheryKajang

Monday 2 December 2013

Hotel terdekat dengan IJN @ Hotel Putra - Review dan Kadar Penginapan

Assalamualaikum dan selamat malam. Agak penat hari ni der. Baru balik dari Institut Jantung Negara(IJN) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Hari ini pun hujan renyai-renyai dari pagi sampailah sekarang. Alhamdulillah.


Hah!! Masuk JIN!!! Jangan salah faham der. Bukan gua yang direfer ke IJN. Sebenarnya dua minggu yang lepas, ayah gua masuk ICU Hospital Slim River sebab serangan jantung. Sebelum ini ada juga la sakit-sakit sikit tapi kali ini yang serius. 5 hari di hospital dan hari ini perlu ke IJN untuk berjumpa dengan pakar kardiologi.

Jika ada yang ingin ke IJN dan tidak mahu rush, boleh stay di hotel-hotel berdekatan dengan IJN. Hotel yang paling hampir ialah Hotel Putra KL. Jika menggunakan GPS PapaGo, boleh search Putra KL Hotel, Kuala Lumpur. Hotel ini terletak di Jalan Tun Razak dan bersebelahan dengan Hospital Puswari dan juga Perpustakaan Negara. Hotel ini terletak betul-betul di hadapan IJN.

Terdapat hanya 2 jenis bilik yang ditawarkan iaitu Standard Superior dan Family Deluxe. Kadar bilik ini berdasarkan kategori kerajaan/swasta. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, bukti seperti surat pengesahan sebagai kakitangan awam perlu dikemukan. Gua bagi surat kursus jew...diterima juga asalkan ada nama dan juga alamat tempat bekerja.

Kakitangan kerajaan
1. Standard Superior  RM200.00
2. Family Deluxe          RM240.00

Thursday 28 November 2013

Google Apps For Education Summit KL 2013



Pada 23 dan 24 November 2013 yang lepas, telah berlangsung Persidangan Google Apps For Education (GAFE 2013) bertempat di Kuala Lumpur International School, Ampang. Persidangan tersebut adalah bertujuan mendedahkan penggunaan Google Application seperti Gmail, Youtube, Google Drive, Google +, Googe Site dan lain-lain aplikasi dalam bidang pendidikan. Mula-mula, gua dapat email menjemput hadir ke persidangan tersebut dan tiket bagi menghadiri persidangan tersebut. 

Wednesday 27 November 2013

Tutorial : Install GPS Papago M11 (SG&MY) ... 100% free





Cepatnya masa berlalu...dah dekat bulan Disember pun. Hari ini gua nak share tutorial install GPS Papago M11 yang merupakan versi terbaru. Untuk versi sebelum ini, sila rujuk link di bawah der.

Papago X5
Papago M9


STEP 1
download PapaGo M11 software dan Malaysia Maps

PapaGo M11

Malaysia Maps





Friday 1 November 2013

Keputusan Calon Berjaya HLP dan CBBP TB KPM 2014



Sedey...tapi chill out la kan. Kadang2 kita berjaya dan kadang2 kita gagal. Kegagalan tidak semestinya pengakhir sesuatu kan. Eh nape tiba2 sedey kan?

Sebenarnya gua telah hadir interview HLP pada 4 September yang lepas. Interview tersebut untuk memohon cuti belajar (2 tahun) bergaji penuh dengan biasiswa untuk sambung Master.So semasa interview memang semua berjalan lancar. 

Semalam on the way ke Kuala Kangsar...tup2 ada miscall dari sahabat di Johor. Kami sama2 berjumpa semasa interview tersebut. So dia pun tanya camne result... gua pun x tau result dah kelua. So gua pun dengan gementar dan penuh harapan lihat keputusan.



Anyway...bagi menyemak keputusan interview tersebut, boleh check di link di bawah ok. 

Keputusan HLP / CBBP TB 2014

Friday 25 October 2013

Bajet 2014: Bonus setengah bulan gaji bagi penjawat awam



Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.



MK

Bajet 2014: BR1M 3.0 dinaikkan kepada RM650+RM50



Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Bajet 2014 Malaysia



Seperti tahun-tahun yang lepas, bulan Oktober merupakan hari yang dinantikan samaada rakyat marhean, korporat, swasta dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Kenapa ya? Yeala time ni budjet negara akan dibentangkan oleh Perdana Menteri dimana insentif atau program yang bermanfaat bagi faedah negara dan negara akan turut dibentangkan.

Hah!! Kalu bagi penjawat awam...sure ternanti2 sebab nak tau dapat bonus ke tak. Dan pastinya, penerima BRIM menunggu dengan sabar samaada pemberian bantuan sara hidup tersebut akan ditingkatkan daripada sebelum ini iaitu RM500. Gua secara peribadi rasa ia akan meningkat. Ok hari ini Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Budjet 2014 di Parlimen. Pembentangan ini akan bermula kira-kira jam 4 petang.

Bagi perkembangan terkini, boleh mendapatkan update terkini di link di bawah. Layander juga akan memaparkan intipati Budjet 2014 bagi tatapan semua. Stay tuned der

BUDJET 2014

Monday 14 October 2013

SPS- Sistem Pengurusan Sekolah KPM

Kepada guru-guru yang ingin update status dan juga menambah murid serta maklumat murid...sila ke link di bawah.


https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp

Saturday 3 August 2013

Kesan buruk Onani/Melancap



Melancap ialah perbuatan dengan sengaja mengeluarkan air mani. Ia dilakukan samada secara bersendirian atau diiringi dengan melihat bahan lucah.


Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, kedua-dua kaum ini boleh terjebak dengan perbuatan melancap. Mereka yang muda remaja ini penuh rasa ingin tahu dan ingin mencuba. Bila dah terjebak, ketagih pula.

Dalam istilah agama, tabiat melancap zakar dikiaskan sebagai "tabiat yang rahasia". Di sini kita cuba lihat apakah kesan buruk melancap dari sudut kesihatan tubuh badan.

Melancap memerlukan tenaga yang banyak. Ia membakar banyak kalori. Namun jika ia dilakukan secara luar biasa contohnya dengan melancap setiap hari, kesan-kesan kesihatan yang tidak bagus akan timbul.

Kajian mendapati orang yang kuat melancap akan menjadi lemah daya tumpuan dan juga menjadi pelupa. Disebabkan banyak masa mereka terbuang dengan melancap, mereka juga akan tersisih dari sudut sosial. Perasaan rendah diri menjadi kebiasaan bagi orang yang biasa melancap. Mereka biasanya suka menyendiri dan juga tidak banyak bercakap. Dalam sesetengah kes, prestasi akademik dan sukan dilihat merosot.

Wednesday 24 July 2013

Terkini!!! Duit Raya RM 500 bagi penjawat awam/RM250 bagi pesara



SAH!!Tahniah kepada kakitangan awam kerana akhirnya dapat duit raya RM500. Manakala bagi pesara kerajaan pula dapat RM250...

Berita gembira ini diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib diberikan kepada semua penjawat awam Gred 1-54 dan akan dibayar pada 31 Julai 2013 (Rabu depan).

Berhemat der... :)


Sumber: BERNAMA

Wednesday 17 July 2013

Bonus Hari Raya 2013...masih dalam kajian



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
    
Perdana Menteri berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.
    
"Kita akan mengkaji perkara ini. Masih ada masa lagi," katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan empat syarikat yang bersetuju melabur RM1.96 bilion di negeri-negeri di kawasan Koridor Utara.  
  

Wednesday 26 June 2013

API - Indeks Pencemaran Udara Malaysia (terkini)

Boleh check di lawan web di bawah. DIUPDATE setiap hari.

IPU

apims.doe.gov.my/apims/

Monday 27 May 2013

Gambar Kahwin Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Tahniah diucapkan buat UAI yang telah selamat melangsungkan perkahwinan ke 3 pada 26 Mei 2013 (Sabtu). Semoga berkekalan hingga ke syurga der. Jom layan pix sempena pernikahan beliau.




Saturday 25 May 2013

Cara untuk aktifkan Celcom Teman 20

Sorry guys and gurlz... dah lama tak update blog. So dah lama tak kongsi info2 yang berguna untuk manfaat bersama...Ape bab kata orang @ sharing is caring bla3x



Ok gua pengguna Celcom yang setia :P Tapi guna prepaid je la. Kalu tak silap pakej gua, ada 4 pelan prepaid Celcom nih(tak termasuk broadband). Kalu silap, tolong mention kat comment k.
1.X pax (standard...dulu gua guna pelan nih ...tiba2 ntah nape tukar BLUE) 
2.U.O.X  (untuk belia)
3.S.O.X (untuk pelajar skol)
4.Celcom BLUE

Friday 19 April 2013

Gwiyomi ... Video + Lyrics (with English sub)

  
Lagu The Gyiyomi/The kyiyomi adalah sebuah lagu kpop dengan genre indie pop. Lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi dari Korea selatan bernama Hari dimana lagu ini dikeluarkan pada 18 Februari 2013. Kiranya baru lagi der...



Lyrics (Korean)


choko meopin han jogak sikyeonoko
gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
oppahago nahago kkok maju anjaseo
seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo
hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro


Wednesday 10 April 2013

Semakan pusat mengundi PRU 13 (online dan SMS)




Kehangatan PRU 13 sudah bermula der ... Yeala memandangkan SPR telah mengumumkan bahawa penamaan calon pada 20 April 2013 dan tarikh mengundi pada 5 Mei 2013. Oleh itu, sesiapa yang layak mengundi...jalankan tanggungjawab anda ok

Cara menyemak pusat mengundi anda boleh dilakukan seperti di bawah:

1. Laman Web SPR
SPR

2. Portal Rasmi PRU 13
PRU 13

3. Melalui pesanan ringkas SMS
Taip SPR jarak SEMAK jarak NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888

Tiga kemudahan tambahan SMS turut disediakan oleh SPR iaitu, bagi pengguna Celcom boleh hantar ke 29292, pengguna Maxis hantar ke 33080 dan 22789 manakala pengguna Digi ke 33080.
    
4. Telefon ibu pejabat SPR

03-88856565 atau pejabat pilihan raya negeri.

P/s: Gua dah check der ... tak sabor nak ngundi :)



Penamaan calon 20 April, PRU 13 pada 5 Mei 2013




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.

Ini bermakna tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, yang bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei.

Menurutnya, seramai 13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini. 

Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.

Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April untuk anggota tentera dan pasangan, anggota polis dan pasangan; serta pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara). 


Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas. 

Tuesday 9 April 2013

BHL Tanjung Malim (April List)

Bhl Tanjung Malim merupakan sebuah kedai yang menjual komputer dan laptop di Tanjung Malaim, Perak. Kedai ini terletak bersebelahan dengan pintu timur Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Jom check harga laptop dan desktop yang ditawarkan bagi bulan April 2013.

Desktop


Thursday 4 April 2013

Parlimen bubar secara rasmi semalam!!! PRU 13 is ON




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, perdana menteri menasihatkan ketua-ketua kerajaan negeri, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, untuk menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.

Tuesday 2 April 2013

Kursus kriket bersama coach Sri Langka, Chamat Perera



p/s: br sempat update (25.03-29.03)

Wah penatnya hari ini. Macam mana tak penat der ... Dari Isnin sampai hari ini asyik berlatih kriket. Eh!Tajuk kursus tapi awat pula lu kata berlatih kriket. Yeala, kalu nak main kriket kena la amali terus menerusi berlatih. Ingat cakap2 dah boleh pandai ka main kriket ^_^

By the way, Hai Isnin agak ok lagi sebab mula pukul 2 pm sampai 5pm. Jurulatih nih pun bijak juga, hari pertama bagi simple train. Camne nak ready, bats up dan batting. Yeala, kalu mula yang advance ...mau cacat cara bermain dan paling pasti, yang datang pun tak mahu datang lagi.

Saturday 23 March 2013

TV Ultra-HD termahal di dunia dari SAMSUNG


Syarikat gergasi Korea Selatan, SAMSUNG memperkenalkan TV Ultra-HD yang dinamakan UN85S9. TV Ultra-HD ini berukuran 85 inci dan dijual dengan harga US$ 40, 000 (RM124, 000). Mahal der ... boleh beli sebijik rumah hehe.
SAMSUNG juga memaklumkan bahawa "adik beradik" TV Ultra-HD ini juga akan dipasarkan dengan saiz yang lebih besar iaitu 95 inci dan 110 inci. Apabila saiz besar, makanya harga akan jadi lebih mahal.
SAMSUNG mendakwa bahawa TV Ultra-HD ini dikeluarkan bagi memenuhi citarasa pengguna yang inginkan "hiburan terbaik" di rumah. Bagi tujuan tersebut,pembesar suara dengan kuasa 120 watts dibina bersama bagi menjanjikan sistem suara yang gempak der. Kalu jiran bising2 ... ajak diorang layan bersama, mesti no complaint wakaka.
Berbanding TV HD yang biasa, TV Ultra-HD UN85S9 ini memaparkan resolusi bagi imej empat kali lebih baik. TV HD yang biasa memaparkan resolusi imej seperti kualiti Blu Ray.

Sumber: TMI

Wednesday 20 March 2013

Keputusan SPM 2012 (semak SMS)

Gua rasa hari ni mesti ramai ex student tahun lepas tercungap2 ... al maklum besok result SPM bakal kelua. Ada yang bakal menangis, ketawa, melonjak keriangan dan macam2 gelagat lagi.

Macam mana pun, gua sebagai pengendali blog layander mengucapkan "ALL THE BEST" untuk semua calon SPM 2012. So besok 21.03.2013 (khamis) ... boleh la pakat2 pi sekolah sambil jumpa cikgu2 yang tersayang hehehe

Jika hendak mendapatkan result di sekolah, butiran seperti berikut:
Tarikh: 21.03.2013
Hari: Khamis
Masa:bermula 10 pagi

Jika melalui SMS
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam27 Mac 2013.
Taipkan:
SPM<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran & SMS ke 15888
Contoh mesej penghantaran
SPM 950527031543 MA222A333
SMS ke
15888

Terkenang gua ketika masa gua amek result satu ketika dahulu :P

Tuesday 19 March 2013

Semak peluang kerjaya di iwant2b



Iwant2b ialah portal panduan kerjaya untuk generasi masa kini. Iwant2b membantu merancang kerjaya masa depan anda dengan memberi maklumat dalam pelbagai bidang pekerjaan dan juga pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan. 

Nak tahu minat atau kecenderungan diri anda? “Kuiz Kenali Diri” sedia membantu untuk mengaitkan personaliti anda dengan personaliti sesuatu kerjaya. Pelbagai kursus pengajian mahupun latihan boleh didapati di Iwant2b. Kursus/latihan ini akan membantu anda mendapatkan akses kepada pelbagai kerjaya. 

Apa lagi der ... jom terjah di link di bawah 

iwant2b

Monday 11 March 2013

PM umum 9 berita baik untuk kakitangan awam

nex time der :)

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

Saturday 9 March 2013

Sepagi menebar roti canai

Dah lama tak buat breakfast. Selalu beli jer kat kedai. Terdetik lak kat ahti nak buat roti canai. So gua pun tak mau sembang kencang .... Usha gambar dulu der 



 mula2 kena uli tepung dulu ... so malam sebelum tido, kena la lanyak tepung gandum+garam+susu (pilihan). lanyak sampai tepung tu dah tak lekat ngan dulang. Dah semua sebati, buat la doh kecik2 macam kat atas.

Thursday 7 March 2013

Kursus Asas Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri


Kepada guru2 yang berminat dengan aktiviti outdoor + mengendalikan pelajar bagi aktiviti outdoor ... ini adalah peluang keemasan bagi anda. Pusat Kokurikulum Negeri Perak akan mengadakan kursus asas bg guru2 yang berminat menjadi jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak

Buat makluman anda semua, Pusat Kokurikulum Negeri Perak terletak di Pulau Pangkor dan satu2nya pusat Kokurikulum Negeri di seluruh Malaysia yang berhampiran dengan laut, yeala dah tempatnya pun di pulau ... yang lain tu ada sungai jer (kalu tak silap  der :P)

Ok ... mula2 tengok tarikh dia dulu

Tarikh:::::::>25 Mac 2013 -30 Mac 2013
Tempat:::::>Pusat Kokurikulum Negeri 32300, Pulau Pangkor

Saturday 2 March 2013

Check harga smartphone/tablet di Malaysia



satu website yg sgt interaktif kepada pengunjung dan penuh info
check link di bawah

mobile88

1. Website ini memaparkan harga2 gadjet yang terkini yang boleh disort mengikut BRAND. Di samping itu, spesifikasi bagi setiap gadjet juga dipaparkan secara detail. Ini memudahkan pengguna memilih gadjet kesukaan mereka.




Monday 18 February 2013

Takwim Peperiksaan UPSR/PMR/SPM 2013


Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
Bertulis

11 - 12 Jun 2013

(SPMU)

(Selasa - Rabu)



Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Bertulis

10 - 12 September 2013

(UPSR)

(Selasa - Khamis)



Penilaiaan Menengah Rendah
Bertulis

2 - 3 Oktober 2013

(PMR)

(Rabu - Khamis)


7 - 9 Oktober 2013

(Isnin - Rabu)



Sijil Tinggi Agama Malaysia
Lisan

8 - 19 Julai 2013


(Isnin - Khamis)


Bertulis

21 - 23 Oktober 2013


(Isnin - Rabu)


28 - 29 Oktober 2013


(Isnin - Selasa)



Sijil Pelajaran Malaysia
Bertulis

6 - 29 November 2013


(SPM)

2 - 5 Disember 2013


Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)
29 - 30 April 2013
2 - 17 Mei 2013 


Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)
7 - 25 Oktober 2013



Pentaksiran Pusat Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
21 - 23 oktober 2013

Saturday 16 February 2013

Karisma @ Hati Rakyat, bantuan RM200 (Semenanjung) dan RM 300(Sabah&Sarawak)



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) yang merupakan satu inisiatif terbaru bagi membantu rakyat berpendapatan rendah, miskin dan tidak bernasib baik diperingkat akar umni.
Melalui program ini, sebanyak RM50 juta telah disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  untuk diagihkan kepada 200,000 penerima diseluruh negara.
Penerima-penerima terbabit akan menerima baucer berjumlah RM200 bagi di Semenanjung dan RM300 di Sabah dan Sarawak secara one-off.
Baucer ini boleh digunakan bagi penebusan barangan keperluan rumah, kelengkapan sekolah, barangan dapur dan memasak dari kedai-kedai terpilih di seluruh negara.

Meteor terhempas di Russia, lebih 1000 tercedera ... gambar+ video

Sebuah meteor besar telah terhempas di kawasan tengah Russia hari ini yang menyebabkan lebih dari 1000 orang tercedera. Gelombang yang kuat daripada meteor tersebut menyebabkan situasi panik melanda 3 bandar utama di situ. Para saksi mendakwa bahawa terdapat rumah yang rosak, tingkap pecah dan telefon bimbit tidak berfungsi semasa kejadian.. pergh macam Armageddon der 



Meteor yang dianggarkan seberat 10 tan tersebut bergerak dengan halaju 30km/s dan meninggalkan jalur putih di langit yang boleh dilihat sejauh 200 km.

Tuesday 5 February 2013

FROG Virtual Learning Enviroment - KPM


FROG Virtual Learning Enviroment (VLE) ialah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menggabungkan sistem pengajaran konvensional di dalam kelas dan internet. Menerusi FROG, guru2 boleh memuatkan nota2, tugasan, kuiz di dalam internet manakala para pelajar dapat akses dan menghantar semula respon menerusi internet.

Dari sudut ibu bapa/penjaga pula, mereka dapat melihat perkembangan prestasi anak2 mereka secara online dan juga mengetahui jadual program di dalam sekolah.

Tuesday 15 January 2013

HOT!!! Video Bawani, pelajar UUM berbahas dgn Sharifah President of Suara Wanita 1 Malaysia

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani yang bangun bercakap di forum itu membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.




Masing2 ada pendapat der ... 

Monday 14 January 2013

Gangdam Style pecah 1 billion view dalam Youtube


Lagu "Gangdam Style" yang dinyanyikan oleh PSY telah memecahkan rekod lebih 1 billion view setelah 6 bulan dalam laman Youtube. Sebelum ini, lagu tersebut telah memintas lagu "Baby" nyayian Justin Bieber sebagai lagu paling banyak view dalam youtube.

Perghh... x sampai setahun dah jadi viral. Lagu tersebut juga mendapat hampir 5 juta komen dan hampir2 juta favourite. Selain itu hampir 7 juta yang like kepada video tersebut.

Free seat Air Asia 2013 !!!


Seperti tahun2 yang lepas, Air Asia akan memberi lagi tiket percuma bagi penumpang2 yang bertuah hehe... 




Jika dilihat tahun lepas, free seat ini meliputi penerbangan domestik dan juga antarabangsa. Cuma kena bayar airport tax shj. 

So tepat 12 malam 15 jan 2013 ni...jgn lupa buka web Air Asia ok. i luv Air Asia der :)

Air Asia

70 model smartphone untuk rebat RM200



Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengemukakan 70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat RM200 Pakej Telekomunikasi Belia (PKB).
Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata model telefon berkenaan akan dipapar menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan belia membuat perbandingan harga di pasaran.

"SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi Internet dan kini 187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Himpunan Kasih Sayang, Klik Dengan Bijak dan Nilai-nilai Murni peringkat negeri Sabah di Menumbok, dekat Kuala Penyu hari ini.

Beliau berkata kementerian juga akan menyenaraikan 1,000 outlet dan penjual alat telekomunikasi yang menyertai PKB di seluruh negara.

Di bawah program itu yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013, belia berusia antara 21 dan 30 tahun layak menerima rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar.

Program Himpunan Kasih Sayang yang berlangsung selama dua hari sejak semalam itu dianjur SKMM Sabah dan Labuan dengan kerjasama beberapa agensi di bawah KPKK.

Program yang dimeriahkan pelbagai lapisan masyarakat itu turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Azizah Mohd Dun, pemangku Pengerusi Umno Beaufort Isnin Aliasneh dan Adun Kuala Penyu John Teo Mau Sing.

 Sumber: BERNAMA

Saturday 12 January 2013

Kalendar OGKL 2013



JANUARI


  • G. BESAR HANTU- G HANTU [11 JAN - 13JAN]
  • MT FANSIPAN [22 JAN-28 JAN]

FEBRUARI

  • G. HIJAU [ 1 FEB-2 FEB]
  • TRANS BATU ( G BATU BUJANG-G BATU PUTIH-G BATU KAK0 [8 FEB -12 FEB]
  • BKT 2 RINGGIT [ 23 FEB]

MAC

  • AGM OGKL 2013

APRIL

  • G TAMPIN-G PASIR [6 APR-7APR]
  • G SWETTENHAM-G SIKU [19 APR-21 APR]
  • G MARAPI-G SINGGALANG-G TANDIKET [30 APR-5MEI]

MEI

  • WHITE WATER RAFTING SG NENGGIRI [23 MEI-26 MEI]

JUN

  • JADE MT.-SHUE MT. [4 JUN-10 JUN]
  • G KENDERONG-G KERUNAI [ 14 JUN -16 JUN]
  • G BESAR-G CABANG TIGA [28 JUN-30 JUN]

OGOS

  • G BAH GADING [ 30 OGS-1 SEP]

SEPT

  • G LEBAH-G LEBAH TIMUR [ 13 SEP-16SEP]

OKTOBER

  • G GAJAH TEROM [4 OKT-7OKT]
  • SAMBUTAN OGKL 20 TAHUN [26 OKT-27OKT]

NOVEMBER

  • G CHONDONG GELITING-G TUMANG BATAK [1 NOV-5 NOV]
  • PAINTBALL [24 NOV]


DISEMBER

  • G NUANG VIA JANDA BAIK [ 7DIS-8DIS]
  • G CHAMAH-G ULU SEPAT [20DIS-25DIS]


Sumber: fb OGKL

Thursday 10 January 2013

APDM - Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM



Kepada guru-guru yang ingin memindahkan data pelajar atau mengemaskini data murid, sila lawat link yang diberi di bawah. Layan der ...

APDM << KLIK di sini

Kadang kala, laman tersebut tidak dapat diakses kerana server tidak  dapat menampung lebihan pengunjung. Tolong tingkatkan bandwith server kepada pihak yang berkenaan :)


SPS-Sistem Pengurusan Sekolah KPM << KLIK di sini

Tuesday 8 January 2013

10 Lapangan Terbang Tersibuk di Dunia



Atlanta telah dinobatkan selaku lapangan terbang yang tersibuk di dunia bagi tahun 2012. Lapangan tersebut mencatatkan penumpang seramai 1 927 531 (mengikut tempahan seat) yang diekori rapat oleh lapangan terbang Beijing. 


Penganalisis menjangkakan bahawa pada tahun 2013, lapangan terbang Beijing akan memintas dan menjadi lapangan paling sibuk di dunia. 


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA) pula menduduki tempat ke 18 sebagai lapangan terbang yang tersibuk di dunia.

RankAirportTotal Seats
1ATLAtlanta Hartsfield-Jackson International Airport1,927,531
2PEKBeijing Capital International Airport1,918,574
3HNDTokyo Haneda Airport1,813,291
4LHRLondon Heathrow Airport1,668,272
5DXBDubai International Airport1,587,901
6LAXLos Angeles International Airport1,442,395
7HKGHong Kong International Airport1,435,824
8CGKJakarta Soekarno-Hatta International Airport1,428,587
9ORDChicago O'Hare International Airport1,390,176
10SINSingapore Changi Airport1,388,096


Sumber: Centre for Aviation