tab welcoming

Friday 19 April 2013

Gwiyomi ... Video + Lyrics (with English sub)

  
Lagu The Gyiyomi/The kyiyomi adalah sebuah lagu kpop dengan genre indie pop. Lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi dari Korea selatan bernama Hari dimana lagu ini dikeluarkan pada 18 Februari 2013. Kiranya baru lagi der...



Lyrics (Korean)


choko meopin han jogak sikyeonoko
gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
oppahago nahago kkok maju anjaseo
seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo
hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro


Wednesday 10 April 2013

Semakan pusat mengundi PRU 13 (online dan SMS)




Kehangatan PRU 13 sudah bermula der ... Yeala memandangkan SPR telah mengumumkan bahawa penamaan calon pada 20 April 2013 dan tarikh mengundi pada 5 Mei 2013. Oleh itu, sesiapa yang layak mengundi...jalankan tanggungjawab anda ok

Cara menyemak pusat mengundi anda boleh dilakukan seperti di bawah:

1. Laman Web SPR
SPR

2. Portal Rasmi PRU 13
PRU 13

3. Melalui pesanan ringkas SMS
Taip SPR jarak SEMAK jarak NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888

Tiga kemudahan tambahan SMS turut disediakan oleh SPR iaitu, bagi pengguna Celcom boleh hantar ke 29292, pengguna Maxis hantar ke 33080 dan 22789 manakala pengguna Digi ke 33080.
    
4. Telefon ibu pejabat SPR

03-88856565 atau pejabat pilihan raya negeri.

P/s: Gua dah check der ... tak sabor nak ngundi :)



Penamaan calon 20 April, PRU 13 pada 5 Mei 2013




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.

Ini bermakna tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, yang bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei.

Menurutnya, seramai 13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini. 

Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.

Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April untuk anggota tentera dan pasangan, anggota polis dan pasangan; serta pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara). 


Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas. 

Tuesday 9 April 2013

BHL Tanjung Malim (April List)

Bhl Tanjung Malim merupakan sebuah kedai yang menjual komputer dan laptop di Tanjung Malaim, Perak. Kedai ini terletak bersebelahan dengan pintu timur Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Jom check harga laptop dan desktop yang ditawarkan bagi bulan April 2013.

Desktop


Thursday 4 April 2013

Parlimen bubar secara rasmi semalam!!! PRU 13 is ON




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, perdana menteri menasihatkan ketua-ketua kerajaan negeri, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, untuk menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.

Tuesday 2 April 2013

Kursus kriket bersama coach Sri Langka, Chamat Perera



p/s: br sempat update (25.03-29.03)

Wah penatnya hari ini. Macam mana tak penat der ... Dari Isnin sampai hari ini asyik berlatih kriket. Eh!Tajuk kursus tapi awat pula lu kata berlatih kriket. Yeala, kalu nak main kriket kena la amali terus menerusi berlatih. Ingat cakap2 dah boleh pandai ka main kriket ^_^

By the way, Hai Isnin agak ok lagi sebab mula pukul 2 pm sampai 5pm. Jurulatih nih pun bijak juga, hari pertama bagi simple train. Camne nak ready, bats up dan batting. Yeala, kalu mula yang advance ...mau cacat cara bermain dan paling pasti, yang datang pun tak mahu datang lagi.