tab welcoming

Friday 25 October 2013

Bajet 2014 Malaysia



Seperti tahun-tahun yang lepas, bulan Oktober merupakan hari yang dinantikan samaada rakyat marhean, korporat, swasta dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Kenapa ya? Yeala time ni budjet negara akan dibentangkan oleh Perdana Menteri dimana insentif atau program yang bermanfaat bagi faedah negara dan negara akan turut dibentangkan.

Hah!! Kalu bagi penjawat awam...sure ternanti2 sebab nak tau dapat bonus ke tak. Dan pastinya, penerima BRIM menunggu dengan sabar samaada pemberian bantuan sara hidup tersebut akan ditingkatkan daripada sebelum ini iaitu RM500. Gua secara peribadi rasa ia akan meningkat. Ok hari ini Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Budjet 2014 di Parlimen. Pembentangan ini akan bermula kira-kira jam 4 petang.

Bagi perkembangan terkini, boleh mendapatkan update terkini di link di bawah. Layander juga akan memaparkan intipati Budjet 2014 bagi tatapan semua. Stay tuned der

BUDJET 2014



Gambaran kasar
Najib mengumumkan Bajet 2014 dengan jumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
Perbelanjaan operasi: RM217.7 bilion
Perbelanjaan pembangunan: RM46.5 bilion
Perbelanjaan mengurus: RM63.6 bilion bagi Emolumen dan 36.6 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan. 

Kerajaan menjangka defisit fiskal terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada KDNK bagi tahun 2014, berbanding 4 peratus pada tahun 2013.
K'jaan persekutuan unjurkan kutipan hasil sebanyak RM224.1 bilion - tambahan sebanyak RM4 bilion berbanding tahun 2013. 

Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.
 
Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.

Eksport barangan diunjur berkembang  2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus. 

Pendapatan per kapita pada  2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009 - peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 
Kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus bermula 2015 dan memansuhkan cukai jualan dan perkhidmatan.
Kadar ini, yang akan berkuatkuasa 1 April 2015, lebih rendah berbanding kadar 7 peratus yang dijangka banyak pihak. 

Najib ketika mengumumkannya berkata, sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan mengelirukan orang ramai
terhadap kefahaman GST. Mereka mengatakan apabila GST dilaksanakan, kononnya, semua harga barang akan melambung naik.
"Lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan," katanya. 

Barangan yang dikecualikan GST termasuk beras, gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu, belacan, air paip, elektrik (sebahagian), perkhidmatan kerajaan, pengangkutan awam(bas, LRT, feri, tol) dan penjualan, pembelian atau penyewaan hartanah.
Pengurangan subsidi
Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok - harga gula akan meningkat kepada RM2.84 sen sekilo.
Kerajaan memperuntukkan RM47 bilion untuk subsidi pada 2013 - 53% atau RM24.8 bilion untuk produk petroleum yang dinikmasi semua golongan, termasuk ahli perniagaan dan warga asing.
Najib berkata pengurangan subsidi petrol yang dijalankan baru-baru ini merupakan salah satu contoh langkah pembaharuan ke atas subsidi, yang kini membentuk satu perlima dari jumlah bajet negara.
BRIM 3.0
Isirumah dengan pendapatan kurang RM3,000 akan menerima RM650, pertambahan RM150 dari BR1M 2.0.
Individu dengan pendapatan kurang RM2,000 mendapat RM300. Sebanyak RM4.6 juta diperuntuk untuk pemberian BR1M3.0.
Cukai pendapatan
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan untuk semua pembayar cukai bagi menambah pendapatan boleh guna.

Seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai.
Golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungjawab cukai.
Pembayar cukai sedia ada yang lain juga akan menikmati penjimatan bayaran cukai

Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara.
Bagi mempastikan struktur cukai lebih progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit.

Kadar cukai maksimum kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus.
Projek pembangunan
Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

Projek Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.

Pengangkutan udara
Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.

Peruntukan untuk projek juga melibatkan menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.

Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.
Imbuhan penjawat awam
Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500.
Golongan pesara akan mendapat Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
Bayaran tersebut akan dibuat pada awal Januari 2014.
Skim persaraan swasta
Peruntukan sebanyak RM210 mil juta bagi skim persaraan swasta bagi menggalakkan golongan muda menabung.
Bermula 1 Januari, kerajaan akan menambah RM500 ke dalam akaun individu berusia 20 hingga 30 tahun yang mampu menyimpan sebanyak RM1,000.
Pendidikan
Sebanyak RM54.6 bilion diperuntukkan - 21 peratus dari jumlah bajet - diperuntukkan untuk pendidikan
RM450 juta bagi penyelenggaraan sekolah - RM100 juta untuk Sekolah Kebangsaan dan RM50 juta untuk SJK(C), SJK(T), Sekolah Mubaligh, Sekolah Asrama Penuh, MRSM, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat.

Kerajaan juga akan meneruskan pemberian tunai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Baucer Buku 1Malaysia untuk pelajar pra-universiti juga akan diteruskan dengan peruntukan RM325 juta akan diperuntukkan yang akan dinikmati 1.3 juta pelajar seluruh negara.

Peruntukan RM100 juta untuk menaiktaraf pendidikan dan latihan masyarakat India.

Internet kelajuan tinggi (HSBB)
Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion - kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta. 

Imbuhan korporat
Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.

Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.

Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.
Pembangunan usahawan
Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus. 

Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC. Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran 2016.

Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1 hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.

Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.

MK

1 comment:

Ciktie said...

bajet 2014 !! jom2x pakat dengar