tab welcoming

Thursday 28 November 2013

Google Apps For Education Summit KL 2013



Pada 23 dan 24 November 2013 yang lepas, telah berlangsung Persidangan Google Apps For Education (GAFE 2013) bertempat di Kuala Lumpur International School, Ampang. Persidangan tersebut adalah bertujuan mendedahkan penggunaan Google Application seperti Gmail, Youtube, Google Drive, Google +, Googe Site dan lain-lain aplikasi dalam bidang pendidikan. Mula-mula, gua dapat email menjemput hadir ke persidangan tersebut dan tiket bagi menghadiri persidangan tersebut. 





Tiket harga RM150 tapi gua tak kisahlah kerana mesti banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama dalam persidangan tersebut. Tapi nak dekat2 summit tu, rasa cam malas der. Adeh!!! Tiba-tiba pihak ED Tech telefon dan minta confirm dapat datang ke tak?Dan paling bestnya ialah....dia kata masuk FREE. 

Hari Sabtu (23 November) gua pun memecut ke ISKL sebab seminar bermula pada jam 8.30 pagi. Tapi gua sampai agak lewat jugak dalam 8.40 pagi. Dalam keadaan kelam kabut, gua pun daftar dan diberi tag. Terus ke dewan theater bagi mendengar keynote yang disampaikan oleh Suan Yeo. Beliau merupakan Ketua Google Enterprise Education bagi kawasan Asia Pasifik.

Selepas keynote, terdapat 4 slot bengkel yang boleh dihadiri oleh peserta. Gua menghadiri Intro untuk Google Drive yang dikendalikan oleh Google Certified Teacher, Wendy Gorton. Bagi slot petang, gua hadiri slot bagi menggunakan Calander dan juga penilaian menggunakan Google Form.

Hari kedua bermula dengan ucapan oleh Rushton Hurley. Beliau merupakan salah seorang Google Certified Teacher yang terawal dalam Ed Tech Team. Kemudian diikuti dengan 3 slot bengkel iaitu menggunakan site Google, pengenalan Chromebook dan forum pengenalan bagi Google Certified Teacher. GAFE ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Patrick Green. Beliau merupakan Penyelaras Teknologi bagi Sinagpore America School.

Bagi meraikan peserta-peserta yang hadir ke seminar tersebut, cabutan bertuah diadakan dimana salah satu hadiah menarik ialah Chromebook. Tapi gua tak dapat pun apa2 hadiah. Jadilah dapat yang bwh ni jew. Macam ok jew...Macam best jew....Macam...Berapa kali macam der.



No comments: