tab welcoming

Sunday 8 December 2013

Penapis Air Terbaik Di Pasaran - Bio Pure K Series ELKEN

Semakin ramai penduduk di Malaysia terutama di kawasan bandar mempunyai kesedaran untuk mendapatkan sumber air yang bersih. Kebanyakan daripada mereka memasang penapis air di rumah bagi mencapai matlamat tersebut. Kadang-kala, memilih penapis air juga merungsingkan kerana pelbagai jenama penapis air berada di pasaran dan setiap satu mamaparkan pelbagai kelebihan produk berbanding produk yang lain.

Sebenarnya saya juga mempunyai masalah yang sama. Memang lama mencari penapis air dan sudah tentu saya mengharapkan penapis air yang dibeli berkualiti, selamat dan tahan lama. Akhirnya saya diperkenalkan dengan penapis air Bio Pure K Series dari ELKEN. Di sini, saya akan berkongsi mengapa Bio Pure penapis air terbaik di pasaran.



1. PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA DAN DALAM NEGARA



Bio Pure telah mendapat Mohor Emas WQA. Water Quality Association(WQA) merupakan sebuah badan antarabangsa yang berkaitan dengan pembersihan air bagi kawasan perumahan, komersil dan industri yang terletak di US. WQA memperkenalkan Gold Seal atau Mohor Emas bagi memberi pengiktirafan kepada semua produk yang berkaitan dengan air di US dan juga antarabangsa. Apa yang menarik ialah, setakat masa entry ini ditulis hanya 4 buah syarikat yang mendapat pengiktirafan Mohor Emas S-300 WQA dan salah satu ialah Bio Pure K Series. Selain itu, Bio Pure dinobatkan sebagai jenama dipercayai "Reader's Digest" bagi tiga tahun berturut-turut iaitu 2008, 2009 dan 2010. Bio Pure juga merupakan pemegang pingat Ekspo Ciptaan Antarabangsa ke 36, Geneva. Pengiktirafan juga diberi oleh FDA, Safety Mark PSB dan SIRIM


2. TEKNOLOGI PENULENAN AIR TERBAIK
Bio Pure menggunakan teknologi canggih terkini iaitu osmosis songsang. Dengan membran berliang yang efektif pada 0.0001 mikron, Bio Pure K-Series merupakan sistem penulenan R.O. yang paling canggih. Ia berkesan menyingkirkan hampir semua jenis bahan cemar termasuk partikel sekecil 0.0001 mikron(500,000 kali lebih halus dari garis pusat sehelai rambut) yang tidak dapat disingkirkan oleh kebanyakkan sistem yang lain bagi menghasilkan air tulen yang sempurna.


3. RANGKAIAN SERVIS DAN SOKONGAN TERBESAR DI ASIA TENGGARA.
Penapis air perlu diservis mengikut tempoh yang ditetapkan supaya penapis itu tahan lama dan air yang dihasilkan bersih. Tidak perlu bimbang tentang servis selepas beli kerana setiap unit sistem Bio Pure disokong oleh rangkaian perkhidmatan dan sokongan ELKEN. Terdapat lebih 150 orang jurutekniklebih 150 kenderaan perkhidmatan dan juga 100% jaminan alat-alat ganti. Disebabkan servis selepas jualan yang terbaik, pengguna tidak perlu bimbang tentang penjagaan alat penapis dan kualiti air.

Sumber: Elken4u2013

No comments: