tab welcoming

Friday, 19 April 2013

Gwiyomi ... Video + Lyrics (with English sub)

  
Lagu The Gyiyomi/The kyiyomi adalah sebuah lagu kpop dengan genre indie pop. Lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi dari Korea selatan bernama Hari dimana lagu ini dikeluarkan pada 18 Februari 2013. Kiranya baru lagi der...



Lyrics (Korean)


choko meopin han jogak sikyeonoko
gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
oppahago nahago kkok maju anjaseo
seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo
hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro


Wednesday, 10 April 2013

Semakan pusat mengundi PRU 13 (online dan SMS)




Kehangatan PRU 13 sudah bermula der ... Yeala memandangkan SPR telah mengumumkan bahawa penamaan calon pada 20 April 2013 dan tarikh mengundi pada 5 Mei 2013. Oleh itu, sesiapa yang layak mengundi...jalankan tanggungjawab anda ok

Cara menyemak pusat mengundi anda boleh dilakukan seperti di bawah:

1. Laman Web SPR
SPR

2. Portal Rasmi PRU 13
PRU 13

3. Melalui pesanan ringkas SMS
Taip SPR jarak SEMAK jarak NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888

Tiga kemudahan tambahan SMS turut disediakan oleh SPR iaitu, bagi pengguna Celcom boleh hantar ke 29292, pengguna Maxis hantar ke 33080 dan 22789 manakala pengguna Digi ke 33080.
    
4. Telefon ibu pejabat SPR

03-88856565 atau pejabat pilihan raya negeri.

P/s: Gua dah check der ... tak sabor nak ngundi :)



Penamaan calon 20 April, PRU 13 pada 5 Mei 2013




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.

Ini bermakna tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, yang bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei.

Menurutnya, seramai 13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini. 

Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.

Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April untuk anggota tentera dan pasangan, anggota polis dan pasangan; serta pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara). 


Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas.