tab welcoming

Thursday 1 November 2012

Masyarakat Cina semakin terima hudud di Malaysia




Masyarakat Cina kini mula menerima dan memahami pelaksanaan hukum hudud, menurut kaji selidik terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Walaupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilihat bekerja keras menentang pelaksanaan hukum Islam tersebut, kaji selidik kedua berkenaan hudud yang dijalankan antara 1 September hingga 16 Sept 2012 itu menunjukkan peningkatan sekali ganda sokongan masyarakat Cina iaitu kepada 24 peratus, berbanding 12 peratus dalam kaji selidik sebelum ini pada 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu.

Daripada sejumlah 385 responden berbangsa Cina, hanya satu peratus peningkatan menentang pelaksanaan hukum hudud, berbanding kaji selidik sebelumnya, iaitu sejumlah 51 peratus.
Sementara kumpulan yang tidak pasti sama ada hudud boleh dilaksanakan di Malaysia walaupun mempunyai masyarakat berbilang kaum menurun kepada 25 peratus berbanding 38 peratus dalam kaji selidik sebelum ini.
"Terdapat peningkatan sokongan masuarakat Cina terhadap pelaksanaan hudud.
"Perbezaan sembilan bulan antara kedua-dua kajian juga menyaksikan peningkatan 12 peratus; menjadikan peratusan menerima hudud meningkat kepada 24 peratus, dengan peningkatan (hanya) satu peratus tentangan terhadap pelaksanaan hudud."
"Ini menjelaskan pengundi Cina semakin memahami isu tersebut," kata UMCEDEL dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, UMCEDEL turut mendapati generasi muda masyarakat Cina berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berbanding kumpulan responden yang lebih berumur.
"Generasi muda Cina menunjukkan kecenderungan untuk memahami pelaksanaan hudud berbanding dengan mereka yang lebih berumur," jelas kenyataan berkenaan.
Kajian yang turut dijalankan terhadap 1041 responden Melayu itu juga mendapati majoriti responden yakin hudud akan memberikan keadilan kepada semua pihak dengan 55 peratus responden Cina berusia lingkungan 41 hingga 50 tahun yakin hudud akan memberikan keadilan.

Walaubagaimanapun, 53 peratus masyarakat Cina yang berusia 61 tahun ke atas menunjukkan keyakinan pelaksanaan hudud akan menggugat kesepakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dari aspek lokaliti responden, masyarakat Cina di kawasan kampung dan kampung baru percaya hudud akan memberikan keadilan kepada semua mencecah sehingga 59 peratus, manakala masyarakat Cina bandar berada dalam kelompok 30 peratus menyokong.

SUMBER : TMI

3 comments:

Ym.Bundle said...

cina bukan islam pon dah bleh terima hudud skg..malu betul aku sebb ramai lagi islam tak leh terima padahal dah melibatkan akidah..boleh kufur even tak terima satu huruf pon dari al quran..

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

oh nice info,,tak sgke cine pon leh trime hukum ni kan

Anonymous said...

Jgn cpt teruja.. Tny dulu adakh hudud diorg trm jika dilksanakn keseluruhannya? Iaitu kena pd smua org... Bkn pd org islam shj.. Krn terdpt org cina mmhmi.hudud hny kena pd org.islam shj