tab welcoming

Tuesday 13 November 2012

WRO 2012 Results Kuala Lumpur



PETALING JAYA: Malaysia mencipta sejarah tersendiri selaku tuan rumah kali kelapan pertandingan World Robot Olympiad (KL WRO 2012) selepas meraih dua pingat emas, dua perak dan lapan gangsa.



Pingat emas negara disumbang pasukan SCB9, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Cina Batu 9 Cheras dan Friendly Builders (SJKC Jalan Davidson) menerusi acara "Robot Organizer" dan terbuka bagi kategori sekolah rendah.


Selain itu, dua pingat perak turut diraih negara menerusi acara yang sama oleh pasukan Col Style (SJKC Sin Min A) dan YC Care dari SJKC Yuk Chai.



Guru pengiring SCB9, Ong Lai Choo mengakui beliau tidak menduga robot ciptaan sekolah itu mampu menyaingi pasukan lain dari seluruh dunia dengan catatan masa 16:97 saat sekali gus dinobatkan juara acara Robot Organizer bagi kategori sekolah rendah.



"Saya begitu terperanjat dan cukup puas hati kerana usaha yang dilakukan sejak Mei lalu sangat berbaloi," katanya selepas majlis penutup KL WRO 2012 di Pusat Konvensyen Sunway, di sini, hari ini.


OPEN CATEGORY
Primary Open Category

Lower Secondary Open Category

Upper Secondary Open Category



REGULAR CATEGORY
Primary - Robot Organizer

Lower Secondary - Robot Columbus

Upper Secondary - Robot Van Gogh

GEN II FOOTBALL


Sumber : BH , Malaysia LEGO Education Fb

No comments: