tab welcoming

Saturday 23 March 2013

TV Ultra-HD termahal di dunia dari SAMSUNG


Syarikat gergasi Korea Selatan, SAMSUNG memperkenalkan TV Ultra-HD yang dinamakan UN85S9. TV Ultra-HD ini berukuran 85 inci dan dijual dengan harga US$ 40, 000 (RM124, 000). Mahal der ... boleh beli sebijik rumah hehe.
SAMSUNG juga memaklumkan bahawa "adik beradik" TV Ultra-HD ini juga akan dipasarkan dengan saiz yang lebih besar iaitu 95 inci dan 110 inci. Apabila saiz besar, makanya harga akan jadi lebih mahal.
SAMSUNG mendakwa bahawa TV Ultra-HD ini dikeluarkan bagi memenuhi citarasa pengguna yang inginkan "hiburan terbaik" di rumah. Bagi tujuan tersebut,pembesar suara dengan kuasa 120 watts dibina bersama bagi menjanjikan sistem suara yang gempak der. Kalu jiran bising2 ... ajak diorang layan bersama, mesti no complaint wakaka.
Berbanding TV HD yang biasa, TV Ultra-HD UN85S9 ini memaparkan resolusi bagi imej empat kali lebih baik. TV HD yang biasa memaparkan resolusi imej seperti kualiti Blu Ray.

Sumber: TMI

No comments: