tab welcoming

Wednesday 20 March 2013

Keputusan SPM 2012 (semak SMS)

Gua rasa hari ni mesti ramai ex student tahun lepas tercungap2 ... al maklum besok result SPM bakal kelua. Ada yang bakal menangis, ketawa, melonjak keriangan dan macam2 gelagat lagi.

Macam mana pun, gua sebagai pengendali blog layander mengucapkan "ALL THE BEST" untuk semua calon SPM 2012. So besok 21.03.2013 (khamis) ... boleh la pakat2 pi sekolah sambil jumpa cikgu2 yang tersayang hehehe

Jika hendak mendapatkan result di sekolah, butiran seperti berikut:
Tarikh: 21.03.2013
Hari: Khamis
Masa:bermula 10 pagi

Jika melalui SMS
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam27 Mac 2013.
Taipkan:
SPM<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran & SMS ke 15888
Contoh mesej penghantaran
SPM 950527031543 MA222A333
SMS ke
15888

Terkenang gua ketika masa gua amek result satu ketika dahulu :P

No comments: