tab welcoming

Saturday, 23 March 2013

TV Ultra-HD termahal di dunia dari SAMSUNG


Syarikat gergasi Korea Selatan, SAMSUNG memperkenalkan TV Ultra-HD yang dinamakan UN85S9. TV Ultra-HD ini berukuran 85 inci dan dijual dengan harga US$ 40, 000 (RM124, 000). Mahal der ... boleh beli sebijik rumah hehe.
SAMSUNG juga memaklumkan bahawa "adik beradik" TV Ultra-HD ini juga akan dipasarkan dengan saiz yang lebih besar iaitu 95 inci dan 110 inci. Apabila saiz besar, makanya harga akan jadi lebih mahal.
SAMSUNG mendakwa bahawa TV Ultra-HD ini dikeluarkan bagi memenuhi citarasa pengguna yang inginkan "hiburan terbaik" di rumah. Bagi tujuan tersebut,pembesar suara dengan kuasa 120 watts dibina bersama bagi menjanjikan sistem suara yang gempak der. Kalu jiran bising2 ... ajak diorang layan bersama, mesti no complaint wakaka.
Berbanding TV HD yang biasa, TV Ultra-HD UN85S9 ini memaparkan resolusi bagi imej empat kali lebih baik. TV HD yang biasa memaparkan resolusi imej seperti kualiti Blu Ray.

Sumber: TMI

Wednesday, 20 March 2013

Keputusan SPM 2012 (semak SMS)

Gua rasa hari ni mesti ramai ex student tahun lepas tercungap2 ... al maklum besok result SPM bakal kelua. Ada yang bakal menangis, ketawa, melonjak keriangan dan macam2 gelagat lagi.

Macam mana pun, gua sebagai pengendali blog layander mengucapkan "ALL THE BEST" untuk semua calon SPM 2012. So besok 21.03.2013 (khamis) ... boleh la pakat2 pi sekolah sambil jumpa cikgu2 yang tersayang hehehe

Jika hendak mendapatkan result di sekolah, butiran seperti berikut:
Tarikh: 21.03.2013
Hari: Khamis
Masa:bermula 10 pagi

Jika melalui SMS
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.
Taipkan:
SPM<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran & SMS ke 15888
Contoh mesej penghantaran
SPM 950527031543 MA222A333
SMS ke
15888

Terkenang gua ketika masa gua amek result satu ketika dahulu :P

Tuesday, 19 March 2013

Semak peluang kerjaya di iwant2b



Iwant2b ialah portal panduan kerjaya untuk generasi masa kini. Iwant2b membantu merancang kerjaya masa depan anda dengan memberi maklumat dalam pelbagai bidang pekerjaan dan juga pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan. 

Nak tahu minat atau kecenderungan diri anda? “Kuiz Kenali Diri” sedia membantu untuk mengaitkan personaliti anda dengan personaliti sesuatu kerjaya. Pelbagai kursus pengajian mahupun latihan boleh didapati di Iwant2b. Kursus/latihan ini akan membantu anda mendapatkan akses kepada pelbagai kerjaya. 

Apa lagi der ... jom terjah di link di bawah 

iwant2b