tab welcoming

Monday 22 October 2012

Zulfahmi Khairuddin ... Tahniah der!

Hari Isnin yang sejuk der ... kalu kat umah ni, confirm dah hibernasi di bawah selimut. 



Ok ... korang kenal tak ngan mamat ensem kat atas nih. Atau mungkin gua patut tanya, korang pernah dengar ke nama tu??? Apo!!! tak pernah. Sebenarnya gua pun baru maklum nama tu hehe.

Nama mamat kat atas tu Zulfahmi Khairuddin. Beliau ialah pelumba dari negara kita yang mewakili pasukan AirAsia-SIC-Ajo. Beliau berlumba dalam kategori Moto3 dalam kejohanan Road Racing World Championship Grand Prix. 


Buat makluman semua, Grand Prix ni dibahagikan kepada 3 kategori; MotoGP(1000 cc), Moto2(600 cc) dan Moto3(250 cc). So apo yang nak kecoh2 tentang Zul ni? Nak kecoh sikit sebab beliau telah berjaya naik podium apabila berada di tempat kedua bagi kategori Moto3 di Litar Sepang. Tahniah der . Jom layan video kat bawah 


Zul no 63

lari dari kena sembur arak ...terbaek der