tab welcoming

Tuesday 16 October 2012

Penerjun bebas cipta rekod dunia 1,342km/j ... melebihi kelajuan bunyi !!!


14 Oktober yang lepas, satu rekod dunia telah tercipta apabila Felix Baumgartner melakukan terjunan dari ketinggian 38.6 km. Penerjun dari Austria ini melakukan terjunan yang boleh membawa maut ini dengan kelajuan mencapai 1 342km/h !!!


Kelajuan terjunan ini mengatasi kelajuan super sonik iaitu 1 235km/j. Tambah menarik, kelajuan tersebut dicapai tanpa menaiki sebarang  pesawat atau alat sebaliknya dilakukan secara terjun bebas.

Terjunan yang dilakukan dari sebuah belon helium itu turut mencipta rekod sebagai terjunan payung terjun paling tinggi di dunia. Felix telah selamat mendarat di kawasan pergununngan New Mexico setelah melakukan terjunan tersebut.


Felix sememangnya terkenal dalam bidang terjun bebas ini. Pada tahun 1999, beliau telah mencipta rekod dunia sebagai penerjun payung terjung tertinggi di dunia setelah melakukan terjunan dari Menara Berkembar Petronas.

Projek untuk memecahkan rekod ini telah dikendalikan oleh beberapa orang saintis dan ditaja oleh syarikat Red Bull. jom layan gambar dan video kat bawah der



No comments: