tab welcoming

Saturday 26 May 2012

Thomas Cup Final : China vs Korea

emmm 
macam rasa frust pun ada


mana taknye
Malaysia tak layak ke final Thomas Cup
semi final pun tak lepas
adeh!!! epic fail la team badminton skrg ni


Chong Wei pun dah berusia
takkan nak harap dia sorang je
lama2 prestasi down der
barisan pelapis pun cam tak perform ja


tapi kalu ikut badminton remaja dunia
Malaysia antara yang terbaik la
pelik aku bila sampai international
tenggelam der


apepun
final thomas cup 2012 
china vs korea
aku yakin 90% china bt korea wakaka



CHINA layak ke perlawanan akirr Piala Thomas selepas dengan mudah menumbangkan Jepun 3-0 pada saingan separuh akhir di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan sebentar tadi.

Pemain perseorangan pertama China, Lin Dan meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan cabaran Sho Sasaki di kedua-dua set biarpun ditentang sengit - 23-21 dan 21-17.

Pasangan beregu China, Cai Yun/Fu Haifeng menjadikan kedudukan 2-0 selepas menewaskan beregu Jepun, Shoji Sato/Naoki Kawamae  25-23 dan 21-18.

Jepun yang mengharapkan sentuhan ajaib Kenichi Tago untuk menghidupkan peluang ke final musnah apabila dia tunduk kepada Chen Long 21-13, 21-16 dalam masa satu jam.
 
Pada aksi final yang akan berlangsung Ahad ini, perlawanan China menentang Korea pastinya akan menjadi sengit nanti.

Apatah lagi China yang beraksi di bumi sendiri. Korea mungkin mempunyai strategi tersendiri untuk melakukan kejutan untuk menumbangkan China di hadapan peminat mereka.

China merupakan juara bertahan dan sudah menjulang Piala Thomas sebanyak tujuh kali.


Sumber: Sinar




indonesia pun dah bungkus der 

2 comments:

adarain said...

dah takde harapan dapat piala thomas..
tggu la bertahun2x lagi nak dapat piala thomas..
ntah dapat ke tak..?.
macam tak..hahaha

Unknown said...

aku pernah discuss ngan membe sekerja
kami meme sepakat sukan kat Malaysia ni boleh jadi lebih baik
terutama badminton
tapi pengurusan atasan muka x tahu selok belok sukan
tahu nak jawatan jer (gila kuasa ka apo)
tu belum sembang pasal politik dalam sukan
epic fail la diorang ni
kecewa der