tab welcoming

Monday, 18 June 2012

Apa berlaku pada dunia sejak pil perancang keluarga diperkenalkan

Pil perancang keluarga dalam bentuk kapsul atau tablet yang boleh ditelan diperkenalkan pada tahun 1961. Sebelum itu kondom merupakan cara yang popular bagi menahan wanita daripada mengandung. Semenjak 2 orang saintis iaitu Carl Djerassi dan Frank Colton membuat penemuan hebat tersebut landskap dunia menerima perubahan yang cukup hebat, berikut adalah beberapa kesan penting hasil daripada wujudnya pil perancang keluarga:


  • Merancang keluarga dengan hanya perlu menelan ubat mula menjadi tarikan di Amerika. Pada tahun 1964 sahaja terdapat seramai 6.5 juta wanita Amerika mula menggunakannya. Pada 1968 angka tersebut menjadi dua kali ganda. Walaupun kerajaan cuba membendung penggunaan pil telan itu hanya untuk wanita berkahwin, pasaran gelap mula timbul dan tidak dapat dikawal. Ia sebenarnya menyemarakkan budaya hedonism di Amerika yang makin galak pada pertengahan 1960-an.



  • Di Britain pula perkara yang sama berlaku di mana pil itu mendapat sambutan menggalakkan apalagi pada masa itu revolusi orang muda meletus dengan dipelopori oleh kumpulan The Beatles yang menjadi kegilaan. Pil perancang menjadi jawapan kepada remaja muda-mudi yang teruja melepaskan nafsu masing-masing dan mengelak dari termengandung.




  • Berlainan pula berlaku di negara lain seperti Jepun umpamanya telah melarang penggunaan pil perancang keluarga atas dasar takut kepada kesan kesihatan. Jepun telah menghalang penggunaan pil tersebut selama 40 tahun semenjak ia diperkenalkan.



  • Negara yang memegang kuat amalan agama Kristian Katolik seperti Itali pula menolak amalan menyekat wanita daripada mengandung atas dasar agama. Mereka menjadikan alasan agama untuk menolak pil perancang keluarga  Ia juga tidak kurang hebatnya berlaku di negara yang mengamalkan Islam seperti negara kita, ramai yang menolaknya atas dasar agama melarang kita menyekat pembiakan manusia.

  • Walau apa alasan untuk menolak pil perancang, jumlah mereka yang menggunakannya di seluruh dunia meningkat tahun demi tahun. Kekangan atas dasar agama juga menjadi semakin longgar dan ada di kalangan ulama dunia Islam yang berpendapat tidak apa menggunakan pil perancang. Kadar penggunaan pil meningkar sebanyak 4% setiap tahun. Ini bermakna pengeluar pil-pil perancang seperti Bayer terutamanya yang mempatenkan hak pengeluaran mereka membolot berbillion-billion ringgit setiap tahun. Apakah mereka memainkan peranan dalam mempengaruhi ulama berfatwa...itu hanya andaian.

  • Pil juga telah menyebabkan produk popular sebelum ini seperti kondom menurun permintaannya. Di India umpamanya permintaan terhadap kondom turun dengan amat drastik sebab para muda-mudinya lebih selesa dengan pengalaman seks tanpa kondom.

  • Pil perancang juga mengubah suasana kedudukan wanita di seluruh dunia. Sejak 1970, jumlah kaum wanita memasuki pasaran pekerja profesional meningkat dengan mendadak sekali. Ini disebabkan mereka berpeluang merancang perkembangan karier mereka tanpa perlu risau termengandung. Hanya sejak itu dunia baru menyaksikan munculnya para CEO dari kalangan wanita dan adalah dijangkakan persamaan kedudukan wanita dan lelaki dalam jawatan-jawatan besar korporat akan sama menjelang tahun 2026.

  • Kemunculan pil perancang di seluruh dunia juga sebenarnya membuka pintu merebaknya penyakit AIDS dengan tidak terbendung lagi di seluruh dunia. AIDS memang telah lama wujud tetapi pil perancang menggalakkan perkembangannya apabila bersetubuh tidak semestinya mengandung dan orang tidak perlu memakai kondom lagi untuk menghalang mengandung. Ini telah dibuktikan oleh berbagai kajian yang telah dijalankan.

  • Apakah pil perancang menyebabkan jumlah mereka yang menggugurkan janin berkurangan? kajian masih tidak dapat membuktikannya lagi. Tapi di Spain misalnya penggunaan pil perancang meningkat sebanyak 30% sejak 1997 hingga 2007, namun dalam masa yang sama jumlah kes pengguguran anak meningkat dua kali ganda dalam tempoh yang sama.

  • Pil perancang tetap popular dan semakin popular. Peluang membuat duit dalam industri ini adalah cukup baik sekali dan kini para pengeluar sedang bertungkus lumus mengeluarkan sejenis lagi pil perancang terbaru. Kali ini ia berbeza kerana yang perlu menelannya adalah kaum lelaki. Apa kesannya pula sama-samalah kita tunggu selepas pelancarannya.


hidup kita dipenuhi dgn drug der 

Sumber: Pil

3 comments:

~Sweet Honesty~ said...

pil perancang... pondan pun telan tau..huhu

cendol said...

pil perancang ni ade pro and con dia derrr

TanpaNamaDer said...

yea meh .. tak tau pulak aku, sbb belum amek lagi wakaka