tab welcoming

Sunday, 3 June 2012

Top 5 rumah termahal di dunia

1. Antilla, Mumbai India 
Price: RM 3 190 000 000

Dimiliki oleh orang paling kaya di India, Mukesh Ambanin. Beliau juga merupakan orang ke 19 terkaya di dunia. Rumah ini mengandungi 27 tingkat yang dilengkapi 3 heli pad(tempat helikopter mendarat), lot parking untuk 168 kereta, mini panggung wayang, kuil, bar, kolam renang,perpustakaan dan 9 lif. Ada seramai 600 "orang gaji" bagi selenggara rumah ini.

2. Villa Leopolda, Perancis

Price: RM 1 617 000 000

Rumah ini terletak berhampiran pantai. Terdiri daripada 11 bilik tidur, 14 bilik air, kolam renang dan taman. Villa ini terletak di persisiran pantai tercantik di Selatan Perancis.

3. The Penthouse, London UK

RM639 000 000

Apartment yang terletak di Hyde Park merupakan antara rumah flat termahal di dunia. Ciri-ciri keselamatan amat diberatkan. Rumah ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang tinggi seperti tingkap kalis peluru, pengimbas mata dan terowong bagi menyelamatkan diri ketika kecemasan.

4. Fairfield Pond, The Hamptons US

RM 543 000 000

Kawasan seluas 63 ekar ini merupakan antara kawasan kediaman yang terluas di Amerika. Terdiri daripada 29 bilik tidur, 39 bilik air, 5 gelanggang tenis dan lain2.

5. Hearst Mansion, Beverly Hills, US

RM 527 000 000

Rumah mewah ini terletak di kawasan terkenal yang juga diduduki oleh individu2 yang terkenal seperti David dan Victoria Beckham, Katie Holmes, Tom Cruise dan Jeff Bezos (Amazon).

Sumber: CoolThings

2 comments:

KorN said...

kemain kaye lagik dorg dok rumah memahal gini...

~~oOpEt~~ said...

pergh.. mahal betul.. mmpu tgok ja :)