tab welcoming

Friday, 1 June 2012

Hati-hati blogger semua! Akta Keterangan pindaan 2012 berkuat-kuasa mulai 1 Jun 2012



Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.


Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
…dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.


LANJUTAN DARI ATAS


kami telah mendapat maklumbalas daripada beberapa pihak, dan ia diketahui yang mana walaupun perubahan tersebut sedang dalam perbincangan, namun Akta Keterangan (Pindaan) yang mula dikuat-kuasakan bermula daripada hari ini masih tidak menekankan perkara berkaitan internet lagi, dan ianya termasuk dalam perkara kedua pada akta tersebut.

Namun perkara tersebut diketahui masih dalam perbincangan, dan buat masa ini, Akta Keterangan (Pindaan) 2012 yang dikuat-kuasakan buat masa ini adalah hanya perkara pertama, yang masih tidak mengaitkan dengan Internet.

Dan dengan reaksi dan perbincangan pada pelbagai media atas-talian, berkemungkinan ianya akan mengambil lebih masa sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada internet.

Pada masa yang sama, melalui komentar yang didapati daripada salah seorang yang tidak ingin dikenali, beliau mengatakan yang mana sekiranya pindaan pada bahagian kedua dilaksanakan, ia bukanlah membawakan perkara negatif sepenuhnya, sebaliknya menjadikan para pengguna lebih bertanggungjawab terhadap apa yang dikongsikan mereka di arena internet. Memandangkan ianya masih berkait rapat dengan bukti dan keterangan, maka ia masih mempunyai pelbagai proses untuk disahkan mahupun sebaliknya. Perkara ini masih mempunyai kebaikkan dan keburukkannya tersendiri, memandangkan pada dunia digital dan sekuriti mudah digodam, ia membawakan kepada pelbagai perkara yang tidak dapat disangkakan.

Kami akan cuba mendapatkan komentar pelbagai pihak yang lain dalam masa terdekat.


Sumber: Amanz


p/s: tunggu dan lihat. kalu ramai bantah, for sure akta ni jadi history jer ... oppsss

2 comments:

Khazman88 said...

haha make it viral bro..tido dulu la bro..ngantuk la der :)

TanpaNamaDer said...

aku baru bgn tido ni :P
kira kita tukar shif la wakaka